Ramai suri rumah sekarang ni berminat nak buat roti. Seronok katanya bila tengok anak-anak makan roti hasil tangan sendiri. Ada juga melihat ini salah satu cara untuk menambahkan pendapatan keluarga.
Banyak cara sebenarnya nak belajar buat roti ni. Boleh masuk ke kelas, boleh belajar melalui youtube dan yang paling ‘famous’ sekarang ni PJJ di facebook.
Dalam posting sebelum ni, saya ada kongsikan tip buat roti di rumah. Boleh tekan link di sini untuk baca.
Salah satu point yang saya kongsikan adalah #uli doh sehingga extensible. Ada 4 tahap dalam ‘dough handling properties‘:
- Extensibility
- Elasticity
- Resistance to deforming (tenacity)
- Stickiness
Untuk roti lembut, doh perlu mencapai tahap Extensibility. Dan kebiasaannya para baker akan mengunakan kaedah ‘window pane test’ untuk mengetahui sama ada doh sudah siap di uli atau belum.
Gambar di bawah adalah contoh doh yang sudah mencapai tahap extensible sepenuhnya.
Adakah penting buat ‘window pane test’?
Ya. Sangat penting. Apabila tepung bercampur dengan air dan melalui proses menguli, jaringan gluten akan terhasil. Jaringan gluten yang baik dapat membantu adunan menampung gas karbon dioksida, CO2 yang dihasilkan oleh yis semasa proses pengembangan dan menghasilkan kualiti roti yang sempurna.
[…] Masukkan butter dan uli sehingga doh menjadi ‘extensible’. Boleh rujuk sini […]
[…] sehingga doh menjadi ‘extensible’. Lebih kurang 15-20 minit, bergantung kepada jenis […]