Assalamualaikum semua…
Hari ni 10/4/2020 merupakan hari ke 24 kita menjalani Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia bagi memutuskan rantaian Covid-19.
Hampir satu bulan kita ‘bermastautin’ di rumah.Masa ni sebenarnya waktu yang terbaik untuk ‘polish’kan balik ilmu masakan dan baking. Sambil cik abang rehat mengadap TV tu, cik kak pun hulur la hasil kerja di dapur. Tersenyum cik abg nanti.
Orait, hari ni saya nak kongsikan resepi Loaf Coklat Kismis ‘ROADBLOCK CLEAR’. Bukan apa, sekarang ni pergerakan luar sudah dihadkan dan ada beberapa rakan-rakan yang mengeluh katanya stok roti di pasaraya tidak mencukupi.
So… solusinya, kita buat roti di rumah sahaja.
Loaf Coklat Kismis ‘ROADBLOCK CLEAR’ (2 pax)
Tepung roti 400g
yis 6g
garam 6g
gula 40g
improver 4g
air sejuk 220g
susu pekat manis 20g
shortening 24g
serbuk koko 5g
kismis 100g
CARA-CARA
1. Masukkan bahan kering (tepung, yis, garam, gula, improver, serbuk koko) ke dalam mixer dan gaul pada kelajuan perlahan.
2. Masukkan air sejuk dan gaul sehingga menjadi doh.
3.Naikkan kelajuan mixer dan masukkan shortening.
4.Uli sehingga doh menjadi ‘extensible’. Lebih kurang 15-20 minit, bergantung kepada jenis mixer.
5.Masukkan kismis dan gaul sebentar sehingga rata.
5.Bahagikan doh kepada 2 dan bulatkan. Rehatkan doh selama 5 minit. (lebih kurang)
6.Gunakan rolling pin dan leperkan doh.
7.Gulung doh dari atas ke bawah dengan kemas.
8.Pindahkan doh kedalam loyang pembakar. Saya pakai saiz 20cm x 10cm x 10cm.
9.Kembangkan doh sehingga 3/4 ketinggian loyang pembakar
10.Bakar loaf pada suhu 180-200 darjah selsius selama 40-45 minit. Bergantung kepada oven masing-masing.
**untuk sandwich loaf, ramai yang tanya saiz loyang pembakar dan juga berat doh. Cara pengiraannya begini:
1. Isipadu loyang pembakar ( panjang x lebar x tinggi ) dibahagikan dengan 5
2. Misalnya: 20cm (panjang) x 10cm (lebar) x 10cm (tinggi) bahagi 5 = (2000 / 5 )
= 400g berat doh yang diperlukan.
Selamat mencuba!
ritz.
[…] LOAF. Dalam posting-posting sebelum ni, saya sudah kongsikan beberapa resipi loaf, contohnya chocolate raising loaf, royal bread, wholemeal loaf dan lain-lain lagi. Tapikan untuk kali ni, saya gunakan kaedah […]