Diari Cabaran Kurus

Cabaran turunkan berat badan dalam tempoh 90 hari dengan roti.

14 Julai 2020

Saya pernah turun berat badan sebanyak 12kg pada tahun 2018. 94kg kepada 82kg selama setahun. Dengan bantuan gym instructor, semuanya agak mudah.

Tahun ni (2020) saya nak cuba cabar diri lagi sekali. Cumanya cabaran kali ni saya nak gunakan roti sebagai sumber karbo.

Diet ni kurang popular berbanding diet carb-free seperti keto dan paleo. Tapi apa salah kalau kita cuba kan?

Goal cabaran ni adalah untuk turunkan berat badan sebanyak 5kg selama 90 hari.

Apakah jenis roti yang digunakan?

Plain white bread, whole grain bread dan apa-apa sahaja jenis roti.

Day 1: 14hb Julai 2020
Berat : 92.2kg

Good luck! 😉

Ritzuwan Syde

 

————————————————————————————–

15 Julai 2020

Hari kedua untuk cabaran kali ni. So, roti pilihan untuk hari ni, Gardenia Sommerset Cottage Bread. English loaf yang mengandungi 12 jenis campuran bijirin: sunflower seed, chia seed, flaxseed etc…

Salah satu alternatif roti sihat yang patut rakan-rakan cuba.

Texture roti yang tak terlalu keras dan sesuai dengan rakyat Malaysia yang gemarkan roti-roti yang lembut.

Seminggu dua ni saya akan gunakan roti-roti komersial dan insyaAllah selepas ni dapur Ritz the BAKER akan hasilkan roti untuk cabaran diet saya pula.

Kita selang-selang la ye. Asyik makan roti sendiri, jemu pulak nanti.

Ritzuwan Syde