sandwich loaf tangzhong method

Roti Sandwich Kaedah Tangzhong. Apa tu?

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Ungkapan keramat yang dilaungkan setiap kali tibanya bulan kemerdekaan (Ogos) setiap tahun. Secara umumnya kita rakyat Malaysia tahu bahawa detik 31 Ogos 1957 (63 tahun lepas) adalah hari dimana negara kita bebas daripada cengkaman penjajah.
.
Setiap tahun, bulan kemerdekaan disambut dengan meriah. Sambutan tahun ni dan tahun lepas mungkin sedikit berbeza dengan norma baru tetapi semangat kemerdekaan hidup di hati setiap rakyat Malaysia kan?
.
Konsep merdeka sangat luas dan saya percaya setiap orang mempunyai pengertian yang berbeza. Menurut Pendeta Agung Za’ba, untuk mengecapi kemerdekaan yang sebenar, ianya perlu bersandarkan kepada AGAMA. Hanya ajaran dan amalan agama yang betul dapat memerdekakan manusia secara fizikal dan jati diri.

=======================================================================

**Sedikit update: Bulan Ogos 2021, kami sudah lancarkan ebook terbaru. Ebook donut yang membongkarkan rahsia donut setanding rangkaian kedai donut antarabangsa.

Untuk memudahkan lagi pemahaman, bukan saja ebook, disertakan juga video langkah demi langkah dan BONUS percuma Facebook group support selama setahun.

Boleh terus dapatkan detail di SINI

pjj kelas online donut

=======================================================================
Sebarkan kebaikan kepada semua orang melalui percakapan atau penulisan. Gunakan sosial media sebaik mungkin untuk memandaikan bangsa dan negara.
.
Tak rugi kita kongsikan kebaikkan kerana ianya akan berbalik kepada kita juga.
.
Baik, hari ni saya nak kongsikan resipi roti yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. SANDWICH LOAF.
.
Dalam posting-posting sebelum ni, saya sudah kongsikan beberapa resipi loaf, contohnya chocolate raising loaf, royal bread, wholemeal loaf dan lain-lain lagi. Tapikan untuk kali ni, saya gunakan kaedah tangzhong atau water roux.
.
Kaedah tangzhong banyak digunakan dalam penghasilan roti asia untuk hasilkan roti yang lebih lembut dan ringan.
.
Tangzhong:
Adalah campuran tepung dan air yang dimasak dengan api yang perlahan sehingga menjadi pekat (tangzhong).
.
Ianya dapat memegang kompenan air dengan baik supaya roti dapat kekalkan kelembapan dalam tempoh yang lama:
.
40g tepung gandum + 100g air ; dimasak dengan api perlahan sehingga pekat. Pindahkan kedalam bekas bertutup dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 6 jam. Keluarkan 1 jam sebelum digunakan.
.

SANDWICH LOAF

Oleh: Ritz the BAKER

Bahan-Bahan
500g    Tepung Protein tinggi (Japanese flour)
50g      Gula
8g        Garam
8g        Yis
10g      Tepung susu
1biji     Telur gred A
100g    Tangzhong
50g      Margerin
225g    Air
Cara-Cara
1.Masukkan bahan kering (tepung, yis, garam, gula) ke dalam mixer dan gaul pada kelajuan perlahan.
2.Masukkan air, tangzhong, telur dan gaul sehingga menjadi doh.
3.Naikkan kelajuan mixer dan masukkan margerin
4.Uli sehingga doh menjadi ‘extensible’. Lebih kurang 15-20 minit, bergantung kepada jenis mixer.
5.Bahagikan doh kepada 6 biji dan bulatkan (160g setiap biji). Rehatkan doh selama 5 minit. (lebih kurang).
6.Leperkan doh dengan mengunakan rolling pin.
7.Gulung doh dari atas ke bawah dengan kemas.
8.Pindahkan 3 biji doh kedalam loyang pembakar. Saya pakai saiz 20cm x 10cm x 10cm.
9.Kembangkan doh sehingga 3/4 ketinggian loyang pembakar. Lebih kurang 45-60 minit.
10.Bakar loaf pada suhu 180-200 darjah selsius selama 30-40 minit. Bergantung kepada oven masing-masing. Perlu tahu dan mahir dengan suhu oven anda.
Siap….
admin
Author: admin

Baker & Trainer

No Comments

Leave a Comment