Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua…
Apa khabar?
Pejam celik, kita sudah memasuki fasa ketiga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, PKP di Malaysia. Tahniah kepada rakyat Malaysia yang patuh kepada arahan tersebut dan tidak lupa juga kepada petugas-petugas kesihatan dan anggota keselamatan barisan hadapan yang sangat berdedikasi dan bertungkus lumus menjalankan tugas dalam menghadapi pandemik COVID-19 demi kesejahteraan rakyat Malaysia. Hanya Allah swt sahaja yang dapat membalas jasa kalian.
Buat kita yang duduk di rumah, banyak aktiviti yang boleh dimanfaatkan sepanjang PKP ni dan salah satunya adalah…. BAKING!
Bila diperhatikan di media sosial terutamanya facebook dan instagram, ramai yang buat roti di rumah. Alhamdulillah… Padanlah salah satu produk yang sangat melonjak tinggi permintaan semasa COVID-19 ini adalah mesin pembuat roti.
Ok, buat pengemar roti putih atau roti tawar atau juga dikenali sebagai roti sandwich /sandwich loaf (panjang pulak nama), boleh cuba resepi ni. InsyaAllah mudah dan sedap.
Sandwich Loaf ‘We Must Win’ (2 pax)
Bahan-Bahan
500g Tepung roti (high protein Japanese Flour) :beli di SINI
35g Gula kastor
8g Garam
8g Instant dry yis (brand SAF) :saya beli di SINI
25g Unsalted Butter (saya guna brand Achor)
*5g Bread improver
50g Susu
225g air sejuk (3 darjah selsius)
*Optional: saya gunakan brand GR superbake dari Golden Republic kali ni.
Cara-Cara
- Masukkan bahan kering (tepung, yis, garam, gula, improver) ke dalam mixer dan gaul pada kelajuan perlahan.
- Masukkan cecair (susu, air sejuk) dan gaul sehingga menjadi doh.
- Naikkan kelajuan mixer dan masukkan unsalted butter
- Uli sehingga doh menjadi ‘extensible’. Lebih kurang 15-20 minit, bergantung kepada jenis mixer.
- Bahagikan doh kepada 8 biji dan bulatkan (100-110g setiap biji). Rehatkan doh selama 5 minit. (lebih kurang).
- Leperkan doh dengan mengunakan rolling pin.
- Gulung doh dari atas ke bawah dengan kemas.
- Pindahkan 4 biji doh kedalam loyang pembakar. Saya pakai saiz 20cm x 10cm x 10cm.
- Kembangkan doh sehingga 3/4 ketinggian loyang pembakar. Lebih kurang 45-60 minit.
- Bakar loaf pada suhu 180-200 darjah selsius selama 30-40 minit. Bergantung kepada oven masing-masing. Perlu tahu dan mahir dengan suhu oven anda.
**untuk berat sandwich loaf dan loyang pembakar. Cara pengiraannya begini:
1. Isipadu loyang pembakar ( panjang x lebar x tinggi ) dibahagikan dengan 5
2. Misalnya: 20cm (panjang) x 10cm (lebar) x 10cm (tinggi) bahagi 5 = (2000 / 5 )
= 400g berat doh yang diperlukan.
Selamat mencuba!
LAMPIRAN
- Doh baru keluar dari mixer
- Bahagikan kepada 8 biji
- Leper dan gulung doh dengan kemas
- Doh yang sudah kembang 2 kali ganda dan sedia untuk masuk ke dalam oven
Ritz…
No Comments