Salam semua… Hari ni dah masuk hari ke 6 untuk cabaran kurus ritzthebaker. Oh, ada yang tak tau ye? 14hb Julai baru ni saya cabar diri untuk buat cabaran kurus dalam tempoh 90 hari dengan roti. Boleh baca diari diet saya di SINI.
Sepanjang tempoh cabaran ni, saya akan kongsikan resipi-resipi roti yang digunakan di website ritzthebaker.
Untuk hari ni, saya buatkan roti wholemeal. Antara roti yang menjadi pilihan bagi orang yang sedang berdiet. Sebabnya, roti jenis ni mempunyai serat yang tinggi dan cepat kenyang.
HOMEMADE WHOLEMEAL BREAD (2 pax)
Bahan-Bahan
350 g Tepung gandum protein tinggi (saya beli di SINI)
150 g Tepung wholemeal
325 g Air sejuk
35 g Gula perang lembut
5 g Yis kering
7 g Garam
5 g Improver (saya guna brand NI)
40 g Shortening
=======================================================================
**Sedikit update: Bulan Ogos 2021, kami sudah lancarkan ebook terbaru. Ebook donut yang membongkarkan rahsia donut setanding rangkaian kedai donut antarabangsa.
Untuk memudahkan lagi pemahaman, bukan saja ebook, disertakan juga video langkah demi langkah dan BONUS percuma Facebook group support selama setahun.
Boleh terus dapatkan detail di SINI
=======================================================================
Cara-Cara
- Masukkan bahan kering (tepung, yis, garam, gula, improver) ke dalam mixer dan gaul pada kelajuan perlahan.
- Masukkan air sejuk dan gaul sehingga menjadi doh.
- Naikkan kelajuan mixer dan masukkan shortening.
- Uli sehingga doh menjadi ‘extensible’. Lebih kurang 15-20 minit, bergantung kepada jenis mixer.
- Bahagikan doh kepada 2 biji dan bulatkan (450g setiap biji). Rehatkan doh selama 5 minit. (lebih kurang).
- Leperkan doh dengan mengunakan rolling pin.
- Gulung doh dari atas ke bawah dengan kemas.
- Tekapkan doh dengan wheat germ
- Pindahkan doh kedalam loyang pembakar. Saya pakai saiz 20cm x 10cm x 10cm.
- Kembangkan doh sehingga 3/4 ketinggian loyang pembakar. Lebih kurang 45-60 minit (bergantung kepada persekitaran)
- Bakar loaf pada suhu 180-200 darjah selsius selama 30-40 minit. (bergantung kepada oven masing-masing. Perlu tahu dan mahir dengan suhu oven anda.)
LAMPIRAN
1. Doh dibahagi kepada
2 & 3. Leper dan gulung doh dengan kemas
4 & 5. Tekap doh dengan Wheat Germ
6 & 7. Doh sebelum dan selepas dikembangkan
No Comments