Tip Buat Roti di Rumah

Salam semua…

Hari ni saya nak kongsikan tips buat roti di rumah tanpa gagal.

Pelik kan? join kelas buat roti cantik, balik rumah buat tak jadi. Ni mesti chef/ cikgu tu ada jampi ni. Banyak faktor yang mempengaruhi sebenarnya.Seperti equipment dan persekitaran (humidity).

Baik, tips yang saya kongsikan ni sangat berguna untuk yang baru berjinak-jinak nak buat roti.

#BACA RESEPI DENGAN BETUL

Ni penting! Misalnya resepi asas buat roti adalah tepung, yis, garam dan air. Kena faham tepung apa yang digunakan. Sama ada high protein atau low protein. Ni akan memberi kesan kepada produk akhir. Ada sesetengah tu, masukkan tepung jagung untuk buat roti. Rasa-rasa jadi tak? 😅

#TIMBANG BAHAN DENGAN PENIMBANG DIGITAL

Bila sebut ‘baking’, ia melibatkan sains (fizik & kimia) dan art. Bahan perlu di timbang dengan betul. Tak ada istilah agak-agak. Pengunaan penimbang digital sangat digalakkan.

#ULI DOH SEHINGGA EXTENSIBLE

Ni rahsia terpenting yang membezakan hasil produk. Ada sesetengah orang uli pakai mixer, ada yang uli pakai tangan. Mixer pun ada pelbagai jenis. Misalnya spiral mixer atau planetary mixer. Apa jenis mixer pun yang kita pakai. Bila doh terbentuk, ambil sedikit doh dan regangkan. Kalau masa regang masih koyak, maksudnya kena sambung uli lagi.

#BERIKAN MASA UNTUK DOH MENGEMBANG

Nak buat roti ni kena ada sifat sabar yang tinggi. Orang utagha kata tak boleh kalut-kalut. Proses pengembangan memerlukan masa dan suhu yang sesuai. Apabila yis aktif, terhasilnya carbon dioxide yang membantu proses pengembangan. Mengambil tempoh masa lebih kurang 60-65 minit pada suhu 35-37 degree C dan 85-95% relative humidity (rh).

#PANASKAN KETUHAR (OVEN) DAHULU

Salah satu kesilapan yang dibuat oleh ‘newbie adalah memasukkan doh ke dalam oven tanpa panaskan oven dahulu. Haba akan memberi ‘little push’ kepada yis untuk mengembang sebelum struktur tepung di set menjadi roti. Perlukan suhu yang tepat pada masa yang singkat untuk perubahan tersebut.

#PINDAHKAN ROTI KE ATAS JARING SELEPAS BAKAR

Ini penting untuk elakkan roti daripada berpeluh, lembap dan lembik.


#REKOD DAN DOKUMENTASIKAN PRODUK AKHIR

Segala aktiviti perlu direkod untuk rujukan masa datang. Senang untuk penambahbaikkan dan kualiti produk.


Semoga bermanfaat

#foodtecheroes
#ilmudemifaedahinsan

admin
Author: admin

Baker & Trainer

1 Comment

Leave a Comment