Browsing Category : roti

Butter Sugar Bun. Rugi Tak Cuba.


Salam semua. Rakyat Malaysia sangat gemarkan roti yang lembut dan gebu. Sebab tu roti kategori ‘soft roll’ mendapat permintaan yang tinggi berbanding hard roll. Yang membezakan soft roll dan hard roll adalah formulasi dan juga teknik yang digunakan. Untuk soft roll, sumber lemak yang biasa digunakan adalah butter / margerin / shortening. Tetapi untuk resepi kali ni, saya gunakan butter.…

Hanya 4 Bahan untuk hasilkan roti tortilla yang lembut dan sedap


Selain roti sandwich, roti tortilla juga tidak asing buat pengemar roti.Roti tortilla termasuk dalam kategori ‘flatbread’. Roti yang nipis dan berbentuk bulat ini menjadi pilihan bukan sahaja rakyat Malaysia, tetapi seluruh dunia. Mission Foods, Kawan Food Berhad dan Gardenia antara syarikat besar yang mengeluarkan roti tortilla untuk memenuhi permintaan pasaran di Malaysia. Ada orang gunakan roti tortilla untuk jadikan sandwich…

Mudah Hasilkan Country Bread di Rumah Tanpa ‘starter’ atau ‘sourdough’


Country bread… Semakin popular di Malaysia terutamanya di pusat-pusat bandar. Ni versi saya buatkan di rumah, tanpa starter ataupun sourdough. Formulasi: Tepung (rose flour) – 240gDark rye flour – 60gAir – 200gYis – 1.5gGaram – 6g Kaedah: Uli pakai tangan.  Soalan yang selalu ditanya. Berapa lama nak uli? Bergantung kepada kekuatan tangan. 😅 Yang penting, sehingga doh terbentuk. Baker biasanya akan guna…

Homemade Roti John


Salam semua… Hari ni (6 Mei 2019) hari pertama kita berpuasa. Alhamdulillah…   Besar maknanya bulan puasa ni untuk umat Islam. Bulan yang mengajar kita erti sabar, amanah dan disiplin diri yang tinggi. Teringat zaman kecik-kecik dulu selepas berbuka di rumah, saya akan ikut ayah ke masjid untuk solat tarawikh. Yang bestnye, selepas sembahyang akan ada jamuan moreh. Berebut dengan…

Donut Gula


Donut antara makanan yang sudah tidak asing di Malaysia. Semua orang gemarkannya.Dunkin donut…Krispy Kreme…J Co…Big Apple…Antara jenama bisnes donut yang terkenal dengan pelbagai variasi topping / filling yang sedap dan lazat.Apa itu DONUT?Donuts, or doughnuts, are a fried dough confectionery often eaten for breakfast or as a dessert. – rujukan (BAKERpedia.com)Maksudnya, donut adalah doh yang digoreng. Setiap negara ada versi…

EGG ROLL


Egg roll. Kalau di bakeshop, ni antara kategori hot item. Kombinasi telur dan chicken floss. Cara menghasilkan egg roll akan saya kongsikan dalam kelas roti taiwanese nanti, 25/11/18 (ahad) di chef asma studio. Berminat? Boleh hubungi chef Asma Nordin untuk pendaftaran. Jumpa nanti ye. InsyaAllah  

GARLIC BREAD


Assalamualaikum… Baru-baru ni saya ada kongsikan resepi sup cendawan berkrim kan? Rasa tak lengkap pula bila hirup sup saja kan? Hari ni saya kongsikan resepi roti bawang putih atau sememangnya kita semua sangat ‘familiar’ dengan ‘garlic bread’ Sangat mudah dan senang! BAHAN-BAHAN Roti sandwich/ baguette 200 g margerin 5 g daun ketumbar/ parsley – dihiris halus 30 g bawang putih – dicincang…