Assalamualaikum…
Baru-baru ni saya ada kongsikan resepi sup cendawan berkrim kan? Rasa tak lengkap pula bila hirup sup saja kan?
Hari ni saya kongsikan resepi roti bawang putih atau sememangnya kita semua sangat ‘familiar’ dengan ‘garlic bread’
Sangat mudah dan senang!
BAHAN-BAHAN
Roti sandwich/ baguette
200 g margerin
5 g daun ketumbar/ parsley – dihiris halus
30 g bawang putih – dicincang
Parmesan cheese secukupnya
CARA-CARA
Gaul margerin, bawang putih dan daun ketumbar sehingga sebati.
Potong roti baguette menyerong setebal 1 inci (ataupun setebal yang anda mahu).
Sapukan campuran bawang putih dan margerin ke atas roti.
Panaskan oven pada suhu 160C dan bakar roti selama 10 minit atapun sehingga roti nampak keemasan.
Roti sedia dihidang bersama mushroom soup!
Selamat mencuba… =)
No Comments