Salam semua… Apa khabar?
Hampir 2 minggu saya tak update blog. Hari ni free sikit, boleh update resepi roti baru. Haaa…. nak tak?
Cuba komen sikit. Setiap hari traffic di blog lebih dari 60 orang pembaca tapi jarang nak komen di posting. sedih la macam ni! haha
Ok, hari ni kita buat roti vienna.
Mengikut sejarah, roti ni berasal dari negara Austria yang terletak di Eropah tengah. Sesuai dijadikan hidangan sandwich ala subway.
Resepi hari ni sangat special, resepi yang sama masa saya join workshop di Le Cordon Blue Malaysia. Boleh baca pengalaman saya di SINI.
Resepi asal mengunakan fresh yeast, tapi saya tukar kepada instant yeast. Tak semua orang ada fresh yeast di dapur kan?
Oh ya, saya ada jugak terima soalan berkaitan dengan fresh yeast ni. Contohnya dalam resepi mengunakan 30g fresh yeast dan kita nak tukar kepada instant yeast. Hanya timbang sebanyak 15g sahaja. Separuh dari berat asal.
Viennese Bread (8 pax)
500g Pastry flour, T45. beli di SINI
300g Air
30g Tepung susu
10g Garam
30g Gula kastor
8g Yis kering
100g Butter (unsalted)
*optional, kalau nak tambahkan bread improver, boleh masukkan 5g (1%) dalam formulasi.
CARA-CARA
- Masukkan semua bahan kering dan cecair ke dalam mixer dan uli pada kelajuan perlahan
- Selepas doh terbentuk, masukkan butter dan uli pada kelajuan sederhana sehingga doh ‘fully developed’.
- Rehatkan doh selama 30 minit di dalam chiller
- Pindahkan ke atas meja dan bahagian doh kepada 8 bahagian. Berat lebih kurang 120g sebiji
- Leperkan doh dengan mengunakan rolling pin.
- Gulung doh dari atas ke bawah dengan kemas. Doh bentuk oval panjang
- Letakkan di atas dulang baguette. (roti ni disyorkan mengunakan dulang baguette)
- Kelar roti seperti gambar di bawah
- Biarkan doh kembang 2 kali ganda. lebih kurang 1 jam
- Panaskan oven dan bakar roti pada suhu 180-200 darjah selsius selama 13-15 minit. (bergantung pada oven masing-masing)
Dah siapppp… Menarik kan?
Saya buatkan Smoked Salmon Sandwich… Susun salad, smoked salmon dan sedikit mayonis. Fuhhh… Memang terangkat. Boleh hias ikut citarasa dan kreativiti masing-masing.
Nanti free, cuba tau resepi ni.
yummmy nampak menyelerakan
alhamdulillah… nanti free boleh cuba tau. =)