roti pandan gardenia

Resepi Roti Pandan Gula Melaka (VIRAL)

Alhamdulillah…. Selamat ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke 64 tahun. Sudah 2 tahun kita sambut bulan kemerdekaan dalam tempoh pandemik Covid-19.

Saya faham, banyak pengorbanan yang kita semua harungi dalam tempoh ni. Walau apa pun yang berlaku, kita perlu bersatu hati untuk Malaysia tercinta.

Ada orang bertumpah darah untuk memperjuangkan tanah air mereka dan kita perlu bersyukur diberi nikmat menghuni negara yang aman dan damai. InsyaAllah kita berharap untuk masa depan yang lebih cerah!

Untuk hari kemerdekaan kali ni, saya nak kongsikan satu resepi loaf yang menjadi kegilaan sekarang. Tiruvasi Roti Pandan gula melaka yang dikeluarkan oleh syarikat Gardenia.

Tahniah kepada Gardenia kerana mengeluarkan produk-produk yang dekat di hati rakyat Malaysia. Saya antara peminat setia Gardenia sampai pernah pasang angan-angan, habis study degree (food technology) dulu, terus nak apply kerja di Gardenia. Tapi Allah maha mengetahui…

Ok, kali ni versi Ritz the BAKER pula. Saya letak gambar ni supaya pembaca boleh tahu produk akhir dia bagaimana. Saiz roti saya nampak sedikit besar kerana berat doh berbeza. Berat doh yang saya buat 488g dan sedikit tawar. Sesiapa yang sukakan manis, boleh tambah kuantiti gula kepada 20% (100g).

roti pandan gardenia

Ok… Jom kita start.

Roti Pandan Gula Melaka (2 pax)

Oleh: Ritz the BAKER

Bahan-Bahan

500g Tepung roti
15g Tepung susu
15g Tepung ubi
14g Kelapa parut
8g Garam
50g Gula kastor
11g Yis kering
5g Bread improver *optional: saya pakai yang NI
10g Pandan paste
40g Shortening
330g Air tapis
30g Gula melaka *taburan di dalam doh
resepi roti pandan gardenia

=======================================================================

**Sedikit update: Bulan Ogos 2021, kami sudah lancarkan ebook terbaru. Ebook donut yang membongkarkan rahsia donut setanding rangkaian kedai donut antarabangsa.

Untuk memudahkan lagi pemahaman, bukan saja ebook, disertakan juga video langkah demi langkah dan BONUS percuma Facebook group support selama setahun.

Boleh terus dapatkan detail di SINI

pjj kelas online donut

=======================================================================

Cara-Cara
1. Masukkan kesemua bahan kering ke dalam mixer (kecuali gula melaka). Seterusnya masukkan air dan pandan paste dan uli pada kelajuan perlahan
2. Selepas doh terbentuk, masukkan shortening dan uli pada kelajuan sederhana sehingga doh “fully developed”
3. Pindahkan doh ke atas meja dan bahagikan doh kepada 2 biji. Anggaran 480g sebiji
4. Gelek doh dan taburkan gula melaka di atasnya. Anggaran 15g setiap doh.
5. Gulung doh dari atas ke bawah dengan kemas
6. Pindahkan doh kedalam loyang pembakar. Saya pakai saiz 20cm x 10cm x 10cm
7. Kembangkan doh sehingga 3/4 ketinggian doh. *tadi saya biarkan kembang lebih sikit
8. Bakar pada suhu 180-200 darjah selsius selama 30-40 minit. (Bergantung kepada oven masing-masing)
resepi roti pandan gardenia
resepi roti pandan gardenia
resepi roti pandan gardenia
roti pandan gardenia

Selamat mencuba. Nanti dah cuba boleh bagitau saya ye.

admin
Author: admin

Baker & Trainer

8 Comments

Leave a Comment