Lemon Tart ‘buat-buat bodoh’

Pandai tau dia ‘buat-buat bodoh’. Kita ingat tak sedap, tapi bila makan… fuhh. Terangkat
Sama macam fruits tarts hari tu. lemon tarts ni saya gunakan sweet crust dengan almond cream dan lemon custard. Manis-manis masam rasa dia.
Bisnes tarts dan pie ni sebenarnya ada potensi yang besar. Fokus pada produk ni saja.
Saya bagi contoh masa bulan puasa baru ni. Ada la saya ke bazar ramadhan dalam 2-3 kali.
Ada satu gerai tu jual kerabu saja. Pelbagai jenis kerabu. Mangga, beronok, ayam, daging dan lain-lain lagi.
Secara automatik kita fikir mereka expert sebab hanya fokus pada juadah kerabu berbanding gerai lain yang jual kerabu juga tapi campur dengan lauk lain.
Buat branding cantik-cantik. Ambil gambar dan buat content video untuk tarik pelanggan.
Kekadang kita dah ada produk yang bagus tapi kurang dari segi marketing dan branding.
Saya sangat sarankan rakan-rakan baker join mana-mana kelas untuk upgrade ilmu.
Kelas copywriting ke, kelas social media marketing ke, kelas food photography atau food videography.
Boleh tengok kelas-kelas menarik untuk usahawan di sini:
Tak rugi kita ‘invest’ untuk ilmu.Tak ada lagi orang jatuh miskin sebab belajar kan?
Pesan guru.
Dengan ilmu,
Seseorang dipandang mulia
Kedekut menjadi dermawan
Takut jadi berani
Miskin jadi kaya
‘Bodoh’ jadi cerdik
Belajarlah…
Selagi mana ilmu yang diajar sesuai dengan tuntutan wahyu Al-Quran dan As-Sunnah.
Ritzuwan Syde
Pelajar muda yang meningkat usia
admin
Author: admin

Baker & Trainer

No Comments

Leave a Comment