roti sourdough

Teringin Nak buat Sourdough Country Bread. Ada Tak Peminat Roti ni?

Salam semua. Ada tak yang minat dengan roti sourdough?
Roti ni saya buat 3 hari lepas. Teringat nak feed sourdough starter (SD) yang dah dua bulan tak kasi makan. Sekali aktif membuak-buak. Terus semangat nak buat sourdough country bread.
Saya sediakan autolyse sejam awal sebelum sambung uli dengan SD dan garam. Setiap 15 minit buat stretch dan fold. Ulang sebanyak 6 kali. Bentuk dan perap semalaman di dalam peti sejuk.
Pagi lepas subuh panaskan oven dan bakar pada suhu 250 darjah selsius selama 40 minit di dalam bekas pyrex.
Best pagi-pagi bau roti lepas bakar.
SOURDOUGH COUNTRY BREAD
400g Tepung artisan Melanger (beli di SINI)
40g Tepung wholemeal
80g SD starter
8g Garam
280g Air suam
Cara-cara boleh tengok arahan yang saya cerita di atas ye,
Nak best lagi, roti ni boleh buat grilled cheese sandwich yang saya kongsikan semalam:

Selamat mencuba 😊
admin
Author: admin

Baker & Trainer

No Comments

Leave a Comment