resipi roti wholemeal walnut

Terima Jemputan Majalah RASA. Perkongsian Menarik Roti Wholemeal Walnut.

Salam semua…

Tak salah kita pasang impian kan? Awal tahun 2021, saya ada senaraikan beberapa impian yang nak dicapai pada tahun ni. Sudah semestinya fokus terarah kepada ritzthebaker.com

Business development, sales dan marketing antara perkara penting yang akan saya beri keutamaan. Saya cuba beri sebanyak mungkin nilai kepada pembaca dengan harapan, suatu hari nanti ritzthebaker dapat melahirkan usahawan-usahawan bakeri di seluruh Malaysia. InsyaAllah…

Saya percaya, bila kita ikhlas buat sesuatu dan anggap setiap pekerjaan itu adalah satu ibadah, InsyaAllah segala urusan kita dipermudahkan oleh Allah swt.

Baik, untuk posting kali ni, saya nak share satu lagi resepi roti sihat, Homemade Wholemeal Walnut Bread yang saya kongsikan semasa sesi FB LIVE bersama majalah Rasa pada bulan lepas (September).

resipi roti wholemeal

MasyaAllah Tabarakallah… Hikmah PKP agaknya, ritzthebaker.com dapat berkolaborasi dan sharing di tiga (3) platform media tahun ni. Wanita Hari Ini (TV3), Majalah RASA, dan iCookAsia (facebook dan youtube).

Pengalaman dan ilmu baru yang saya belajar ni, InsyaAllah akan digunakan untuk next projek. Apa next projek tu??? Haaaa… tunggu tau! lol

Oh sebelum tu, mungkin ada rakan-rakan yang plan nak buat sesi LIVE baking, ada beberapa equipment atau tools yang saya rasa perlu ada sebagai persiapan.

  1. wireless microphone
  2. wireless earphone
  3. tripod
  4. main camera (laptop atau smartphone)
  5. side camera (smartphone)
  6. lighting
  7. internet (Wajib!)

Perkara ni yang saya buat sebagai penambahbaikkan selepas sesi LIVE. Iyelah, kitakan belajar dari kesilapan kan.

Berbalik pada resepi kita hari ni. JOM START!

ROTI WHOLEMEAL WALNUT

BAHAN-BAHAN DOH

220g     Tepung Roti (Protein tinggi)

60g       Tepung wholemeal

40g       Madu

180g     Susu segar

4g         Garam

4g         Yis kering

15g       Minyak zaitun

20g       Walnuts (cincang)

10g       Biji Kuaci (hijau)

=======================================================================

**Sedikit update: Bulan Ogos 2021, kami sudah lancarkan ebook terbaru. Ebook donut yang membongkarkan rahsia donut setanding rangkaian kedai donut antarabangsa.

Untuk memudahkan lagi pemahaman, bukan saja ebook, disertakan juga video langkah demi langkah dan BONUS percuma Facebook group support selama setahun.

Boleh terus dapatkan detail di SINI

pjj kelas online donut

=======================================================================

CARA-CARA

  1. Masukkan bahan kering ke dalam mixer dan gaul pada kelajuan perlahan.
  2. Masukkan cecair (susu dan madu) dan gaul sehingga menjadi doh.
  3. Naikkan kelajuan mixer dan masukkan minyak zaitun.
  4. Uli sehingga doh kalis. Lebih kurang 15-20 minit, bergantung kepada jenis mixer.
  5. Akhir sekali masukkan walnuts dan biji kuaci ke dalam adunan dan uli sehingga sebati
  6. Bahagikan doh kepada 6 biji dan bulatkan. Pindah ke dalam loyang
  7. Kembangkan doh sehingga 3/4 ketinggian loyang. Lebih kurang 45-60 minit (bergantung kepada persekitaran)
  8. Sebelum bakar, sapu atas doh dengan ‘egg wash’ dan taburkan walnuts, oat dan kuaci hijau.
  9. Bakar loaf pada suhu 180-200 darjah selsius selama 30-40 minit. (bergantung kepada oven masing-masing. Perlu tahu dan mahir dengan suhu oven anda.)

Video penuh demo Roti Wholemeal Walnut bersama Rasa boleh klik pada gambar di bawah ye:

Selamat mencuba. =)

ritz the baker

admin
Author: admin

Baker & Trainer

No Comments

Leave a Comment