TEPUNG

Nota baking #ritzthebaker
TEPUNG
Dalam kelas teori roti, saya selalunya akan tanya kepada pelajar, apa beza antara tepung roti dan kek.
Untuk post kali ni, saya nak kongsikan perbezaan antara keduanya.
Baik…
Antara bahan asas yang utama dalam penghasilan roti dan kek adalah tepung. Dan kebiasaannya, tepung putih yang kita guna untuk roti dihasilkan daripada gandum.
Jangan terkejut, ada juga tepung yang dihasilkan daripada bijirin lain seperti beras,jagung, dan lain-lain.
Kualiti dan jenis tepung (gandum) yang digunakan akan memberi impak kepada hasil akhir produk roti.
Ada 2 ketegori gandum iaitu “hard wheat” dan “soft wheat”.
“Hard wheat” mengandungi kandungan protein yang tinggi berbanding “soft wheat”. Dikenali jugak sebagai tepung roti.
 
“Soft wheat” mempunyai kandungan protein yang kurang dan kanji yang lebih. Kebiasaan dilabel sebagai tepung kek @ pastri.
Sebatian antara “hard wheat” dan “soft wheat” menghasilkan “all-purpose flour”.
Haaaaa, tepung serbaguna yang ada dekat rumah kita tu. yg dok buat cokodok semua bagai. 😊
Kenapa kandungan protein penting?
Apabila doh digaul atau diuli, campuran antara tepung (protein) dan air akan menghasilkan gluten. Bahasa mudah kita boleh kata sebagai urat tepung.
Gluten memberi sifat ketegangan pada doh dan membantu doh menghasilkan tekstur yang kenyal pada akhir produk. Roti memerlukan rantain gluten yang kuat berbanding kek…
Kenapa?
Kita sedia maklum bahawa, roti mengembang disebabkan oleh kehadiran yis. Apabila yis mendapat makanan dari gula, ianya akan membebaskan gas karbon dioksida yang memberi ruang udara pada doh.
Apabila rantaian gluten yang dihasilkan kuat, ianya dapat membantu menahan atau menampung gas dengan baik (extensible) sehingga mendapatkan volume roti yang besar dan gebu.
Kalau tepung yang dibungkus 1kg seperti di pasaraya, mcm mana nak tau kandungan protein tinggi ke rendah?
Soalan yang bagus..
Kalau akak2 abg2 perasan, dekat bungkusan tu ada fakta nutrisi kan? Disitu kita boleh tau kandungan protein yang ada dalam tepung tersebut.
Di gambar saya ada sertakan jadual jenis tepung dan kandungan protein sebagai panduan.
Semoga bermanfaat…

 

admin
Author: admin

Baker & Trainer

No Comments

Leave a Comment