TELUR & BAKER
1.Banyak digunakan dalam penghasilan roti dan kek kerana membantu meningkatkan kualiti tekstur, kelembapan, warna dan rasa.
2.Telur juga membantu meningkatkan nilai nutrisi pada produk kerana membekalkan salah satu kompenan asas dalam diet manusia (protein)
3.Disebabkan peranan telur sangat penting dalam penghasilan ‘baked item’, cara pengendalian juga perlu dititikberatkan.
4.Data yang dikeluarkan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM pada Mei tahun 2019, terdapat peningkatan sebanyak 23.69% kes keracunan makanan di Malaysia dan antara kuman penyumbang adalah Salmonella
5.Walaupun nama bakteria ni agak sedap didengar tetapi harus ingat, ianya merbahaya. Banyak ‘jasa’ bakteria ini kepada mangsa keracunan makanan.
6.Antara makanan yang biasa dikaitkan dengan bakteria ini adalah produk yang berasaskan ayam seperti daging ayam, telur dan susu.
7.Sebagai baker atau pengendali makanan, kita perlu tahu risiko dan cara mengendalikannya
8.Jom kita buat sedikit ‘revision’
9.Di bawah peraturan (30), Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, setiap pengendalian makanan diwajibkan menghadiri Kursus Latihan Pengandali Makanan dan mengambil suntikan anti-tifoid.
10.Pilih telur yang tidak retak dan pecah
11.Sekiranya terdapat kotoran atau najis pada kulit telur, pastikan telur dibasuh terlebih dahulu dan pindahkan kedalam bekas lain.(jangan gunakan bekas telur yang sama!)
12.Sebaiknya pecahkan telur didalam bekas yang lain supaya risiko bercampur dengan telur yang rosak dapat dielakkan
13.Gunakan telur yang sudah dipasture untuk resipi yang mengunakan telur mentah seperti mouse, tiramisu dan kastad
14.Suhu yang selamat untuk memasak telur mestilah melebihi 70°C.( gunakan ‘food thermometer’)
15.Suhu penyimpanan makanan di chiller perlu dibawah 10°C. Sebaikkan dibawah 5°C!
16.Baker perlu sentiasa menjaga kebersihan diri. Amalkan mencuci tangan sebelum, semasa dan selepas mengendalikan makanan. Kuku pendek dan tidak memakai aksesori seperti jam, gelang dan cincin.
17.Item yang bersentuhan dengan telur mentah seperti perkakas, bekas, permukaan meja misalnya perlu dibasuh dengan air dan sabun bagi mengelakkan pencemaran silang.
18.InsyaAllah dengan ilmu, kita dapat mengelakkan keracunan makanan.
No Comments