kek buah

Resipi English Fruit Cake. Inspirasi dari Master Chef Antarabangsa. Rugi tak cuba

Saya ni boleh dikategorikan orang yang tak berapa gemar dengan kek. Tambah-tambah yang beraising. Kalau travel cake boleh dipertimbangkan lagi. Kononnya nak cut calorie tapi sampai sekarang berat tak turun-turun. Sedih.

Tapi hari ni teringin sangat nak makan kek buah. Tak tau la, mungkin sebab rindu nak travel kot. Kalau dulu sebelum adanya Covid dan PKP, boleh dikatakan saya ada urusan luar dari Langkawi sebulan sekali. Pengangkutan udara adalah pilihan utama sebabnya cepat dan murah.

Haaaa… Murah?

Betul, dengan Airasia perjalanan saya pergi dan balik ke Kuala Lumpur tak sampai RM60. Selalu jugak daily trip, pergi ke Kuala Lumpur pagi, malam dah balik ke Langkawi. Itu cerita sebelum PKP, tapi sekarang dah 2 tahun tak jejak kaki kesana. Tengok flight pun dah jakun!

Dalam flight (Airasia) selalunya saya akan order ice vietnamese coffee dengan cake, sama ada fruit cake atau butter cake. Memang layan minum kopi sambil layan view dari atas.

fruit cake airasia

Macam saya bagitau sebelum ni la, saya jarang nak makan kek tapi fruit cake atau butter cake dari Airasia memang tak boleh tolak. Sedappp.

Beberapa hari lepas saya teman anak-anak buat butter cake. Boleh baca di SINI. So hari ni, kita buat fruit cake pulak.

Ada pelbagai versi kek buah di seluruh dunia. Misalnya di negara German dikenali sebagai stollen dan di Italy dikenali sebagai panetton.

Dalam sejarah, Eropah pernah haramkan (banned) kek buah pada abad ke 18 kerana rasanya yang terlalu ‘mewah’ dan sedap. Mungkin tahap makan kek buah ni terus mabuk dan tak waras kot. haha

Dan jangan terkejut, resipi asal kek buah memang dimasukkan alcohol dan sudah semestinya tidak halal untuk kita yang beragama Islam.

Tapi untuk hari ni jangan risau, InsyaAllah kek buah kita halal dan sedap. Dan resipi hari ni saya gunakan resipi dari buku Master Chef Alex Goh. Seorang master baker yang bukan sahaja dikenali di Malaysia tapi luar negara.

Masa saya kecik, selalu jugak saya teman ibu join kelas baking Chef Alex Goh di Kuala Lumpur. Ibu masuk kelas saya tunggu di luar saja.

Ni contoh koleksi buku chef  Alex Goh yang ada dalam simpanan saya:

chef alex goh book

Ni resipi asal kek buah dari Chef

resipi fruit cake master chef alex goh

Untuk resipi hari ni saya ada adjust sikit selepas 2-3 kali percubaan mengunakan resipi dari buku ni.

OK, jom kita start.

Bahan-Bahan yang diperlukan

Bahan (A)

250g   Butter

200g   Gula perang (light)

Bahan (B)

4 biji   Telur gred A

Bahan (C)

200g    Tepung gandum

80g      Serbuk badam

1/2 tsp Baking powder

Bahan (D)

250g     Mix fruit

40g       Jus oren (saya pakai brand Sunquick, oren mandarin)

Bahan (E)

60g      Tepung gandum

*** Sugar Syrup

100g    Jus oren (Sunquick, oren mandarin)

50g      Air

80g      Gula

-Masak sehingga mendidih

CARA-CARA 

  1. Campurkan (D) dan perap sekurang-kurangnya 2 jam atau semalaman
  2. Masukkan (A) ke dalam mixer dan putar sehingga creamy dan masukkan (B)  sedikit demi sedikit
  3. Masukkan (C) dan gaul sehingga sebati
  4. Toskan (D) dan (E) dan masukkan kedalam bancuhan (3). Gaul sehingga sebati
  5. Bahagikan adunan kepada 2 (lebih kurang 600g) dan masukkan ke dalam acuan kek. Saya guna (4 inci x 9 inci x 3 inci)
  6. Panaskan oven pada suhu 160 darjah selsius dan bakar kek pada rak bawah selama 45-60 minit (bergantung kepada oven masing-masing)
  7. Biarkan sedikit sejuk, sapukan sugar syrup di setiap sisi kek dan balut dengan aluminium atau plastik wrap.
  8. Sebaiknya dihidang keesokan harinya

kek buah

kek buah

Mudah kan? Cuba bayangkan makan kek ni dengan family sambil minum teh petang-petang di taman rumah. Wahh… what a moment!

Selamat mencuba.

p/s: boleh window shopping pelbagai acuan kek dah roti brand Unopan di SINI.

admin
Author: admin

Baker & Trainer

No Comments

Leave a Comment