‘Abg… umi teringin la nak makan kek butter yang chef asma share resipi baru ni’.
Kek yang mana umi? Tanya saya.
‘Ala… kek Bodo-Bodo Old Skool tu’. Ada baru ni chef asma share.
Saya pun terus buka fb chef dan memang chef ada share resipi tu.
Ok la, esok abg buat dengan anak-anak. Ada jugak aktiviti dorank esok.

Hari ni saya siapkan bahan-bahan dan panggil fathia dan raisya ke dapur…
Excited dorank bukan main. Terus pakai apron dan topi.
Tiap kali baking, macam-macam soalan dorank tanya. Itu salah satu sebab saya suka jadikan baking untuk aktiviti dorank di rumah.

‘Abi… kenapa kena letak ni? Kenapa kena masukkan telur ni?’ Tanya fathia.
‘Owh… fungsi telur ni utk bagi ada rasa, warna, aeration, emulsifier, structur.. bla…bla…bla…’ tak tau la dorank faham ke tak!
Ni la hasil dia. Bau memang semerbak sebab saya pakai fully butter.

Resipi asal dari chef Asma cuma saya ubah dengan bahan-bahan yang ada di rumah.
Kek Butter Bodo Bodo Old Skool (Kampung Style)
Bahan A:
250g Butter
250g Gula kastor
*** Putar sampai cream
Bahan B:
250g Telur (lebih kurang 4 biji telur gred A)
1/2 tsp Vanilla essence
50g Susu cair tin
Bahan C:
250g Tepung gandum
1tsp Baking powder
Caranya:-
- Putar bahan A sehingga creamy
- Masukkan bahan B
- Akhir sekali masukkan bahan C
- Aduk hingga sebati. Bahagikan warna ikut kesukaan anda.
- Masukkan dalam loyang dan bakar pada suhu oven yang selalu anda bakar kek. Saya bakar pada suhu 180 darjah selsius selama 30 minit
- Siap dan sedia dihidang
Saiz loyang: 8 inci x 8 inci

Lepas siap bakar tu, Raisya kata;
‘Abi… when I grow up, I want to be a baker’
InsyaAllah sayang… abi sentiasa sokong dan doakan yang terbaik untuk anak-anak abi.
[…] hari lepas saya teman anak-anak buat butter cake. Boleh baca di SINI. So hari ni, kita buat fruit cake […]