Salam… Apa khabar semua?
Banyak sebenarnya yang saya nak kongsikan tetapi disebabkan kekangan masa untuk menaip di blog, serupa dah tak bertuan blog ni…
Saya dapat banyak request dari sanak saudara, rakan-rakan mahupun pelajar-pelajar saya untuk update resepi chicken burger. Hari ni baru ada kesempatan.
Nanti cuba tau resepi ni, hantar feedback dekat saya nanti.
*BAHAN-BAHAN TEPUNG SALUTAN
1 cup tepung gandum
3/4 cup tepung jagung
1/4 cup tepung beras
1 tsp garam
1 tsp garlic salt
1/2 tsp white pepper
2 tsp onion powder
1 tsp baking powder
1 tsp brown sugar
*masukkan semua bahan dan gaul sebati
BAHAN-BAHAN PERAPAN AYAM GORENG
4 keping dada ayam
1 cup buttermilk
2 biji telur
2 keping bay leave
CARA-CARA
- Bersihkan dada ayam dan rendam bersama buttermilk dan bay leave
- Pukul telur dan kemudian celup ayam dengan telur.
- Gaulkan ayam dengan campuran tepung dan goreng.
- Goreng sehingga garing
*Tips
Untuk hasil yang baik. Selepas gaul ayam dengan tepung, celupkan lagi sekali dengan telur dan salut tepung untuk kali ke dua.
CARA MENGHIAS BURGER
Mengikut kreativiti masing-masing
Cadangan bahan-bahan hiasan buger : roti burger, lettuce, tomato, timun, onion, cheese, sos tomato, sos cili, mayonis.
SELAMAT MENCUBA =)
Assalamualaikum Chef Ritz. Boleh bg tips, bhg ayam yg bagaimana nak guna? Sbb selalunya klu pilih bhg dada ayam, kurang moist & rasa kering lepas masak.
Salam… Terima kasih atas pertanyaan. Betul, bahagian dada agak kering selepas digoreng. Saya biasanya gunakan bahagian paha dan pangkalnya. Atau bahasa mudah yang kita selalu guna adalah ‘chicken chop’.