Malas Nak Uli tepung, Boleh Ke Jadi Roti?

Salam semua. Dah masuk hari raya korban kedua dah hari ni.

Alhamdulillah, 9 Julai (Jumaat) baru ni isteri saya selamat lahirkan puteri kami yang ke-3. Busy sedikit uruskan persiapan bersalin dan baby sampai tak sempat nak update resepi di blog.

InsyaAllah hari ni saya share resepi roti yang mudah, tak perlu nak uli sangat dan hanya mengunakan tangan.

Oh sebelum tu, saya nak maklumkan yang sekarang saya tengah siapkan ebook donut. Ambil ilham sempena baby baru.

Apa yang menarik dalam ebook ni, sudah semestinya resepi yang terbukti berhasil. Sepanjang saya terlibat dengan bisnes bakery, inilah formulasi yang saya cari supaya hasilnya setanding dengan rangkaian bisnes donut terkenal di luar sana.

ebook donut

Selain ebook, disertakan jugak video tutorial yang mudah untuk difahami. Boleh tengok berulang kali sampai faham.

Nanti dah siap sepenuhnya saya akan maklumkan semula ye.

Baik, berbalik pada posting hari ni, saya nak share satu resepi yang mudah, tak perlu nak renyah-renyah kata orang utara.

Roti jenis ni dah jadi satu trend. Kebanyakkan hipster kafe gemar gunakan roti ni untuk dijadikan sandwich. Boleh jugak buat cicah dengan mushroom soup ka, atau pun rendang daging. Memang terbaikkk.

Jom kita start.

BAHAN-BAHAN

250 g  Tepung T65. (brand Farine De Mon Pere). Saya beli di SINI

25 g   Tepung wholemeal

25 g   Tepung Rye

8 g   Garam

3 g   Yis kering

220 g    Air suam

10 g Madu

country bread

CARA-CARA

  1. Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan uli sehingga doh terbentuk (doh masih lembik masa ni)
  2. Tutup bekas dengan plastik atau kain dan simpan di dalam peti sejuk
  3. Setiap 30 minit, lakukan ‘stretch n fold’. (saya buat sebanyak 2 kali)
  4. Bentukkan doh (saya buat bentuk oval) dan pindahkan ke dalam basket
  5. Rehatkan doh (final fermentation) lebih kurang 4 jam
  6. Scoring doh dan pindahkan kedalam bekas (saya gunakan pyrex) yang sudah dipanaskan terlebih dahulu di dalam oven, 230 darjah selsius
  7. Bakar dalam oven selama 20 minit (dengan penutup) dan lagi 20 minit tanpa penutup) pada suhu 230 darjah selsius
  8. Selepas bakar pindahkan ke atas jaring.

country bread

country bread 2

country bread 3

country bread 5

OK… kalau makan saja macam tak best pulak kan? Meh saya bagi idea sikit. kita buat…

TUNA & EGG Open-Faced SANDWICH

tuna egg sandwich
Letak cheddar cheese, salad, tuna spread, dan susun telur rebus atas roti. Pipekan sedikit lite mayo dan taburkan sikit lada hitam untuk perasa.

Selamat mencuba =)

admin
Author: admin

Baker & Trainer

No Comments

Leave a Comment