Bila sebut sahaja restoran makan segera KFC, saya terbayangkan suasana makan malam bersama keluarga dalam suasana yang gembira dan bahagia. Sebab itulah KFC termasuk dalam ketegori ‘Family Restaurant’.
Dari kecil kalau nak raikan sesuatu kejayaan, memang ayah akan belanja kami sekeluarga makan ayam KFC. Makan ramai-ramai memang bahagia kan?
Hari ni saya nak kongsikan resipi Zinger Burger ala KFC. Roti burger yang dikapit dengan isi ayam yang rangup, dimurnikan dengan sekeping American cheese, mayonis dan salad yang segar pasti menjadi kegemaran rakyat Malaysia.
HOMEMADE ZINGER BURGER
Oleh: Ritz the BAKER
MAYONIS
2 tbp mayonis
1/4 tsp ground black pepper
1/4 tsp garlic powder

BAHAN PERAP AYAM
1 keping isi ayam bahagian dada (diketuk sedikit)
2 cup air
1 tsp garam

BAHAN TEPUNG SALUTAN AYAM

Cara-Cara
- Bersihkan dada ayam dan perap bersama bahan perap ayam (lebih kurang 1 jam)
- Gaul ayam dengan tepung salutan ayam
- Celup ayam dengan air ais dan gaulkan lagi sekali dengan tepung salutan ayam
- Goreng dalam kuali sehingga garing dan berwarna keemasan. (pastikan minyak dalam kuali banyak)


No Comments