Masa tahun akhir saya di universiti, saya suka google dan search di youtube pasal roti german. Sambil-sambil cari idea untuk final year projek sebenarnya (Tajuk: Coconut Sap Bread Quality in term of Sensory, Physical and Chemical Analysis)
Banyak konsep bisnes bakeri yang menarik perhatian saya, contohnya Kamps Bäckerei (ni yang paling favourite). Dan mungkin ramai tak tahu yang German mempunyai hampir 3000 jenis roti yang pelbagai dan rakyat German memang sangat sukakan roti. – sumber
Sebelum Ramadhan 2021
Kebetulan masa tu saya ada urusan kerja di Alor Setar dan dah jadi kebiasaan, tiap kali keluar dari Langkawi saya akan cari kedai bakeri dan kedai-kedai bahan kek dan roti. Walaupun hari-hari dok mengadap roti dan kek, tetap jugak ketagih! haha
Bake With Yen
Dulu masa saya kecil, setiap bulan saya akan teman ibu ke Bake With Yen di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. Selalu orang akan pandang serong bila sebut Jalan Chow Kit kan? Tapi itulah syurga saya masa kecil! Haa….. Jangan Salah faham, saya ke sana sebab teman ibu masuk kelas baking atau shopping barang-barang kek untuk bawak balik ke Langkawi.
Walaupun kekadang tu ‘scary’ jugak tunggu di luar kedai sebab ada je ‘makhluk jadian’ yang memanggil kita. Hello! I masa tu baru 7-8 tahun ok. Tak kan berselera kot! Pelik…
Sekarang ni orang Kedah dah tak perlu risau sebab Bake With Yen sudah ada 3 outlet di Kedah (Alor Setar, Jitra dan Sungai Petani).
Destinasi saya sudah semestinya outlet Alor Setar. Elok saja masuk, mata terpandang booklet resepi artisan bread dari Aichermuhle. Wow… Menarik, saya terus beli bahan-bahan untuk hasilkan roti rye wholemeal.
So, hari ni 20/5/21 baru saya sempat buatkan German Wholemeal Rye Bread.
Formulasi yang diberikan tidak mengunakan sumber lemak. Pengalaman saya sebelum-sebelum ni biasanya untuk rye bread akan masukkan sedikit minyak ke dalam formulasi. Tetapi seperti biasa, saya akan ‘respect’ formulasi yang diberikan cuma sekiranya produk akhir tidak memberangsangkan, baru saya akan adjust apa yang patut.
Tapi untuk formulasi ini sudah cukup. Rasa sedap dan appearance tak adelah menjengkelkan walaupun saya agak kecewa dengan result oven spring akhir produk. (mungkin kesilapan teknikal saya)
Bahan-Bahan
350g Aichermuhle White Wheat Flour
150g Aichermuhle Wholemeal Rye Flour
20g Aichermuhle Rye Flour
10g Garam
10g Molasses sugar
5g Eagle Instant Yeast
340g air +/-
Cara-Cara
- Masukkan semua bahan ke dalam mixer dan uli sehingga doh terbentuk (lebih kurang 5 minit slow speed & 6 minit medium speed)
- Pindahkan doh ke dalam bekas lain dan rehatkan selama 30 minit
- Setiap 30 minit, lakukan ‘stretch n fold’. (saya buat sebanyak 2 kali)
- Bahagikan doh kepada 2 bahagian dan bulatkan dengan kemas
- Bentukkan doh (saya buat bentuk oval) dan pindahkan ke dalam basket
- Rehatkan doh (fina fermentation) lebih kurang 1jam 30 minit
- Scoring doh dan pindahkan kedalam bekas (saya gunakan pyrex) yang sudah dipanaskan terlebih dahulu di dalam oven, 230 darjah selsius
- Bakar dalam oven selama 20 minit (dengan penutup) dan lagi 20 minit tanpa penutup) pada suhu 230 darjah selsius
- Selepas bakar pindahkan ke atas jaring.
No Comments