Akibat pandemik COVID-19, ramai yang hilang pekerjaan.Fenomena hilang pekerjaan ni bukan sahaja berlaku di Malaysia, tetapi seluruh dunia.
Mungkin sekarang kita berasa sedikit lega kerana kerajaan memberikan sedikit bantuan tetapi kita tak boleh bergantung sepenuhnya kepada bantuan tersebut. Cukup tempohnya, ianya akan berakhir.
Apa yang berlaku pasca COVID-19 nanti tak siapa pun yang tahu tapi kita boleh jangkakan, dunia akan mengalami krisis ekonomi yang teruk.
Saya terfikirkan nasib adik-adik food tech saya seluruh Malaysia yang akan bergraduan nanti.
Kalau kalian masih mengharapkan peluang pekerjaan ditawarkan dengan mudah, saya harap perspektif tersebut diubah.
Tingkatkan skill kemahiran. Graduan food tech dah didedahkan dengan pelbagai jenis industri makanan sebelum bergraduan. Teori semata-mata tidak cukup!
Saya memang berniat nak sumbangkan sedikit kemahiran yang saya ada kepada mereka.
InsyaAllah sekiranya semua sudah reda, memang saya nak sangat buat kelas roti untuk adik-adik ni. \ Persiapan untuk menceburi dunia perniagaan roti & bakeri.
Mungkin kelas aneka pizza (frozen), aneka roti burger dan sandwich, donut ala jco, roti & bun misalnya. Dan semuanya PERCUMA.
Doakan semuanya cepat berakhir dan ekonomi Malaysia dan dunia pulih sepenuhnya.
p/s: gambar kenangan tahun 2019 semasa sesi perkongsian bersama adik-adik tahun 1 dan 2 program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Makanan Universiti Sultan Zainal Abidin, UniSZA, Terengganu.
No Comments