Chicken tandoori sandwich. 😋
Ada sekali semasa perjalanan saya sekeluarga mengerjakan umrah, kami ziarah ke mesir.
Antara tempat yang dilawat, Kaherah dan Alexandra. Satu benda yang saya perasan di Kaherah ni, pemandu kereta suka bunyikan hon. Di tempat kita (Malaysia), kalau ada pemandu lain bunyikan hon, mungkin sbb cara pemanduan kita merbahaya atau menjengkilkan. Betul tak?
Tapi di Mesir sudah jadi satu budaya. Tak bunyikan hon mungkin mai dari negara lain la tu. 😅
Masa di Bazar Khan Al-Khalili, kami singgah makan. Kebetulan abang pengiring rombongan kami ni memang penuntut Universiti Al-Azhar dari Malaysia. Dia yang recommend makan kebab di salah satu kedai di situ. Tapi sebenarnya bukan 1 kedai yang kami singgah makan, lebih 5 kedai dia bawak. Hehe… ye la, nak rasa makanan orang kan?
Sedap chicken shawarma dekat sana. Perapan ayam yang diharmonikan dengan salad segar dan di siram dengan sour sos, dibalut dengan roti pita / naan yang lembut dan gebu. Pasti xdak siapa yang nak tolak kan?
Hari ni disebabkan teringat moment di sana. Tadaaaa… gagahkan juga buat chicken tandoori sandwich. 😊

No Comments