Salam semua.
Rakyat Malaysia sangat gemarkan roti yang lembut dan gebu. Sebab tu roti kategori ‘soft roll’ mendapat permintaan yang tinggi berbanding hard roll.
Yang membezakan soft roll dan hard roll adalah formulasi dan juga teknik yang digunakan. Untuk soft roll, sumber lemak yang biasa digunakan adalah butter / margerin / shortening. Tetapi untuk resepi kali ni, saya gunakan butter.
Jom kita buat Butter Sugar Bun…
Bahan-Bahan
200g tepung jepun ( protin tinggi )
3g garam
24g gula kastor
3g yis
2g improver
20g butter ( unsalted )
20g telur
100g air
*inti – 10g butter (salted) + gula
Cara-Cara
- Masukkan semua bahan-bahan kering (tepung, gula, garam, improver, yis) ke dalam mixer dan gaul sebati pada kelajuan perlahan.
- Masukkan telur dan air.Uli pada kelajuan sederhana sehingga doh terhasil
- Masukkan butter dan uli sehingga doh menjadi ‘extensible’. Boleh rujuk sini
- Bahagikan doh kepada 6 bahagian. Lebih kurang 60g setiap doh
- Bulat dan rehatkan doh (5 minit lebih kurang)
- leperkan doh, isikan dengan inti (butter + gula) dan kelip doh kepada bentuk oval
- Biar doh mengembang dua kali dari saiz asal. loretkan bahagian tengah doh dan tabur sedikit gula kastor sebagai dressing.
- Bakar pada suhu 180 darjah selsius selama 12 minit atau sehingga roti berwarna perang. (masa bakar berbeza mengikut oven masing-masing)
- Siap!
Selamat Mencuba
No Comments