Breakfast ala McD. Jom buat English Muffin di rumah guys!

Salam semua… Salam tahun baru 2022.

Alhamdulillah, dah seminggu lebih kita memasuki tahun baru dan saya percaya ramai yang dah ada azam baru kan?

Cuba share sikit apa azam baru korang, kot-kot sama dengan saya.

Antara azam tahun baru yang sememangnya popular setiap tahun, nak capai berat badan ideal. kan? Saya selalu FAIL yang ni!

Nak capai tu insyaAllah dapat tapi nak maintain tu yang seksa. InsyaAllah akan diusahakan sebaik mungkin.

Selain tu, ada jugak yang berazam nak perbaiki diri kepada yang lebih baik dan tingkatkan karier kan? Saya pun sama.

Tahun ni fokus saya lebih terarah kepada pembangunan bisnes ritz the baker. InsyaAllah kita akan jalankan kelas-kelas baking di studio Alor Setar dan membekal bahan-bahan baking secara online.

Oh ya, 2 bulan baru ni saya sibuk siapkan studio di Alor Setar. Alhamdulillah dah siap dan ready untuk terima kehadiran peserta. Klik SINI untuk lihat perjalanan kelas pertama di studio. Based saya masih lagi di Langkawi cuma mungkin akan berulang alik Langkawi dan Alor Setar.

Ok.

Hari ni bila dah masuk balik langkawi, teringin pulak nak makan Sausage McMuffin McDonalds. Tapi yang sedihnya, McDonalds di Langkawi tak sediakan menu sarapan pagi. Jawabnya kenalah buat sendiri.

Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan. Kali ni saya gunakan oven tetapi boleh jugak gunakan kuali untuk masak doh muffin.

HOMEMADE ENGLISH MUFFIN

Oleh: Ritz THE BAKER

200g   Tepung Protein tinggi (beli di SINI)

70g     Air Suam

70g     Susu

4g       Yis kering

4g       Gula kastor

3g       Garam

3g       Butter (unsalted)

*tepung suji /  semolina

CARA-CARA

  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mixer dan uli sehingga doh terbentuk (disebabkan jumlah lemak kurang dari 10%, boleh dimasukkan sekali)
  2. Rehat doh. lebih kurang 30 minit.
  3. Buang angin dan bahagikan doh kepada 6 biji. Anggaran setiap biji 56g-58g.
  4. Bulatkan doh dan letak di atas dulang yang ditaburkan dengan tepung suji.
  5. Tekapkan kedua-dua bahagian dengan tepung suji.
  6. Kembangkan doh (final proofing) lebih kurang 60 minit atau sehingga saiz menjadi 2 kali ganda.
  7. Panaskan oven dan bakar pada suhu 180 darjah selsius dengan mengunakan api bawah sahaja selama 10 minit.
  8. Terbalikkan doh dan bakar lagi 10 minit atau sehingga dua-dua bahagian menjadi perang dan masak.
  9. Pindahkan ke atas dulang dan sejukkan muffin sebelum dipotong.
  10. Siap untuk dimakan.

Untuk jadikan sandwich, saya letakkan 2 keping beef salami, 1 keping chicken slice, 2 keping American cheese, 1 biji telur mata ‘gedik’ dan dikapitkan dengan english muffin yang sudah di ‘toast’.

Memang nikmat dan mengeyangkan.

Selamat mencuba.

admin
Author: admin

Baker & Trainer

No Comments

Leave a Comment