ABC Cooking Studio

 

Jumaat lepas 18/01/19, saya join trial class di ABC Cooking Studio.
ABC Cooking Studio ni merupakan syarikat yang berasal dari negara Jepun. Saya suka budaya kerja orang jepun, sangat berdisplin dan rajin bekerja.
Saya attend kelas atau workshop di mana-mana culinary / baking institute, sebab nak belajar cara mereka bekerja dan ‘culture’ di situ.
ABC Cooking Studio mempunyai cawangan di 9 buah negara. Jepun, Korea, China, Hong Kong, Taiwan, Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand.
Salah satu kelebihan kepada sesiapa yang mendaftar sebagai ahli, akan mendapat passport ABC Cooking Studio dan boleh join kelas percuma di setiap cawangan di negara-negara yang saya maklumkan tadi.
Penyebab utama saya join kelas di sini disebabkan saya nak tau, bagaimana mereka jalankan kelas roti dalam masa 2 jam shj.
BETUL! 2 jam shj!
Di ABC Cooking Studio, kaedah pembelajaran adalah secara hands on. Doh diuli dengan tangan, bulk fermentation, rounding, 2nd fermentation, shaping, final fermentation dan baking.
Instructor saya bgtau yang kebiasaannya, kelas terlajak jugak, tapi hari ni Alhamdulillah dalam masa 1 jam setengah dah hampir selesai. Saya kata yang saya dapat instructor bagus, tu yang cepat siap. 😊👍
Kebanyakkan ingredient yang digunakan datang dari negara Jepun, especially tepung dan gula.
Boleh search fb ABC Cooking Studio untuk maklumat lanjut.
Semoga bermanfaat.

 

admin
Author: admin

Baker & Trainer

No Comments

Leave a Comment