Rahsia Bomboloni yang Ramai Nak Tau

Salam semua.

Bomboloni sudah tidak asing bagi rakyat Malaysia. Malah ramai yang sudah menjana pendapatan daripadanya. Hari ni saya nak kongsikan rahsia penghasilan bomboloni yang ramai mungkin nak tau.

Ada beberapa tip yang boleh digunakan dalam penghasilan donut atau bomboloni yang baik.

  1. Jumlah cecair ( air / susu/ telur ) dalam formulasi lebih kurang 60%
  2. Masukkan sedikit butter compound / vanilla compound di dalam formulasi untuk menaikkan aroma donut / bomboloni
  3. Pastikan rounding doh dengan kemas
  4. Tabur sedikit tepung di atas dulang untuk memudahkan proses pindah doh ke kuali nanti
  5. Sebelum goreng, biarkan doh terdedah kepada udara bilik supaya permukaan doh sedikit kering
  6. Jangan ‘overproof’, ini penting!
  7. Suhu minyak untuk goreng perlu capai 160-170 darjah selsius dan kebawah
  8. Letak pelapik (kain tuala / tisu / kertas minyak) di atas dulang supaya donut yang sudah digoreng tidak menyerap minyak

Sekiranya anda ada tambahan tip, jemputlah komen di bawah supaya rakan-rakan yang lain juga dapat manfaatnya.

Hujung-hujung Ramadan ni, kita kena banyakkan bersedekah, bukan sahaja dengan wang ringgit tetapi juga dengan ilmu yang bermanfaat. InsyaAllah…

Jangan lupa share ye.

admin
Author: admin

Baker & Trainer

2 Comments

  • Rickline @ Siti Hafiqah July 5, 2020 at 1:41 pm

    Sblm mengoreng, letak 1 sudu mkn shortening. Minyak tak berapa menyerap. Terima kasih😊😊😊😊

    Reply
    • admin July 5, 2020 at 2:51 pm

      Betul. Lemak padat dapat bantu kurangkan serapan minyak pada donut. Terima kasih atas komen ye. =)

      Reply

Leave a Comment