Rotiboy atau Papparoti sangat dikenali di Malaysia. Roti manis berintikan mentega yang sedikit masin dan manis serta dihiasi dengan ‘topping’ berperisa coffee yang memberikan keunikan kepada Rotiboy itu sendiri.
Mungkin ramai yang tak tau, Rotiboy berasal dari Malaysia. Diusahakan oleh sebuah kedai roti di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada tahun 1998 dan seterusnya berkembang maju ke seluruh Asia sehingga sekarang.
Semalam saya buatkan Mexican Bun ni untuk berbuka puasa. Anak-anak dah gelisah tak sabar nak makan sebab tak tahan bau aroma yang keluar dari oven.
Lepas ni akak-akak dan abg-abg pun boleh buat di rumah. Ikut arahan satu persatu dan insyaAllah jadi. Sebaiknya dimakan dalam tempoh 2 jam selepas di bakar.
Mexican Bun (Rotiboy) – 13 biji
Bahan-Bahan (Topping)
80g Tepung gandum, diayak
80g Buttercup
70g Gula Kastor
1biji Kuning telur
1biji Telur
1/2 tbp Coffee emulco
Cara-Cara
- Pukul butter dan gula di dalam bowl sehingga warna bertukar menjadi pucat
- Masukkan kuning telur dan telur secara perlahan dan gaul sebati
- Masukkan coffee emulco dan pukul sebentar
- Masukkan tepung yang diayak dan pukul sehingga adunan sebati.
- Akhir sekali, isikan adunan kedalam piping beg dan simpan kedalam peti sejuk sehingga hendak digunakan
Bahan-Bahan Inti (setiap biji)
20g Butter (salted)
sedikit gula
Bahan-Bahan Doh Roti
400g Tepung tinggi protin (tepung roti)
80g Gula
6g Yis
24g Telur
6g Garam
24g Tepung susu
4g Improver
40g Butter (unsalted)
200g Air
Cara-Cara
- Masukkan semua bahan-bahan kering (tepung, gula, garam, improver, yis) ke dalam mixer dan gaul sebati pada kelajuan perlahan.
- Masukkan telur dan air.Uli pada kelajuan sederhana sehingga doh terhasil
- Masukkan butter dan uli sehingga doh menjadi ‘extensible’. Boleh rujuk sini
- Bahagikan doh kepada 13 bahagian. Lebih kurang 55g setiap doh
- Bulat dan rehatkan doh (10 minit lebih kurang)
- Leperkan doh dan masukkan inti (mentega + gula). kelip rapat dan bulatkan
- Pindahkan doh ke atas dulang pembakar
- Biarkan doh mengembang sekali ganda dari saiz asal (lebih kurang 45 minit)
- Panaskan oven
- Pipekan topping keatas doh yang telah kembang tadi
- Bakar pada suhu 180 darjah selsius selama 12-15 minit atau sehingga roti berwarna perang. (masa bakar berbeza mengikut oven masing-masing)
SELAMAT MENCUBA…
No Comments