spaghetti aglio olio

Tukar selera hari ni. Kita buat Spaghetti Aglio Olio pulak!

Salam semua. Apa khabar? Dah sampai mana tu? Haha…

Ye la kan, sekarang ni kita (rakyat Malaysia) dah diberi kebebasan untuk rentas daerah dan negeri. Alhamdulillah…

Apa-apa pun jangan lupa patuh pada SOP yang telah ditetapkan. Kita doa yang baik-baik saja. InsyaAllah…

Sekarang ni mungkin ada dikalangan rakan-rakan kita yang jadual aktiviti dah mula sibuk. Dah mula masuk office, mula hantar anak ke sekolah dan sebagainya tapi nak jugak sediakan bekal untuk suami tercinta ke tempat kerja.

Betul tak? Cuba komen sikit di bawah.

Kalau betul Alhamdulillah…

Ok, untuk posting kali ni saya nak share satu resepi spaghetti yang mudah, iaitu Spaghetti Aglio Olio. Dalam banyak-banyak jenis resepi pasta, bagi saya Spaghetti Aglio Olio ni la yang paling mudah.

Bahan-bahan pun senang je, apa yang ada di rumah. Yang penting kena ada spaghetti, bawang putih dan minyak zaitun. Dalam bahasa Italy, Aglio itu bermaksud bawang putih dan Olio pula bermaksud minyak zaitun. Jadilah Spaghetti Aglio Olio.

Untuk sumber protein, kebetulan dalam peti sejuk saya ada udang, so saya masukkan lah udang. Tapi kalau ada yang alergik pada produk seafood, boleh jugak gantikan kepada sumber haiwan (ayam atau daging) kesukaan kalian. Yang penting halal dimakan!

Jom kita start.

Spaghetti Aglio Olio versi ritzthebaker

BAHAN-BAHAN

200g             spaghetti yang telah direbus ( saya pakai brand NI)

5 ekor           udang

1/3 cawan   minyak zaitun

4 ulas           bawang putih (hiris halus)

5 biji            tomato cherry (kalau ada tomato roma lagi best)

2 batang     cili kering (potong serong)

4 helai        fresh sweet basil

1 tbp           daun ketumbar

1/2 tbp       serbuk pati ayam (optional, orang kita suka letak)

garam secukupnya

CARA-CARA

  1. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih hingga sedikit garing
  2. Masukkan tomato cherry dan cili kering dan masak sehingga sedikit layu.
  3. Kemudian masukkan serbuk pati ayam dan perasakan dengan garam. Kalau nampak kering, tambah sedikit air rebusan spaghetti.
  4. Masukkan udang dan biar udang masak sehingga sedikit keperang-perangan.
  5. Akhir sekali masukkan spaghetti, sweet basil dan daun ketumbar dan gaul sehinga sebati.

Siap.

Cubalah… Cik abang confirm suka.

 

admin
Author: admin

Baker & Trainer

4 Comments

  • HambaAllah November 2, 2021 at 6:43 am

    Nampak sedap ni😋

    Reply
    • admin November 2, 2021 at 8:10 pm

      itulah… nanti boleh cuba buat dekat en suami ye =)

      Reply
  • Hafizuddin Skod Judin November 3, 2021 at 9:27 am

    Tapi cmne nak buat satu tablespoon daun ketumbar tu.. Ni je pasta tekak melayu ak suka. Ahahaha

    Reply
    • admin November 4, 2021 at 12:44 am

      haha… chop daun ketumbar biar halus lepas tu baru scoop dengan tablespoon. selamat mencuba =)

      Reply

Leave a Comment