Assalamualaikum semua… Pejam celik kita sudah di 10 malam terakhir bulan Ramadhan untuk tahun 2021. Tahun kedua kita sambut Ramadhan dengan norma baru tapi Alhamdulillah ada sesetengah negeri sudah diberi kelongaran untuk beribadah di masjid dan kebenaran operasi bazar Ramadhan dan Syawal.
Apa-apa pun, kita doalah supaya virus Covid-19 ni hapus di muka bumi dan kita dapat menjalani kehidupan seperti sedia kala. InsyaAllah…
So… Hari ni saya nak kongsikan salah satu resepi kegemaran saya iaitu spaghetti ala carbonara. Dalam banyak-banyak jenis masakan pasta, saya sangat sukakan sos yang berkrim dan berlemak.
Banyak versi sos carbonara ni, ada yang masukkan krim ada yang masukkan susu tetapi untuk versi asli Itali, mereka hanya gunakan fresh egg sebagai pemekat. Sebab tu untuk spaghetti carbonara, kita kena makan sejurus dimasak supaya tak muak nanti.
Resepi kali ni saya sudah olah supaya sesuai dengan citarasa tekak melayu yang nakkan sedikit pedas dalam sos yang berkrim.
Spagehtti Ala Carbonara Tekak Melayu
Bahan-Bahan
200-250g spaghetti
1 biji bawang holland (potong dadu)
1 tbp serbuk lada hitam
1 tbp serbuk pati ayam
1 biji cili padi
250g susu segar
50g air rebusan spaghetti
2 keping cheddar cheese
4-6 titik Maggi seasoning
Segengam daun ketumbar
Cara-Cara
Boleh rujuk video di bawah ye.
Selamat mencuba =)
No Comments