Pagi tadi, saya terima whatsapp dari salah seorang pembeli ebook. Soalan yang ditanya adalah:
Apa beza roti dan bun?
Soalan yang menarik…
Akak-akak pernah tak alami situasi bila en suami pesan belikan roti kacang atau roti kaya di kedai? Kekadang en abang suruh belikan bun kacang atau bun kaya?
Mesti terlintas di benak fikiran. Ada beza ke? ke suami aku ni tak tau sebut! sat nak roti, sat nak bun (loghat utara).😅
ROTI
Secara asasnya, Roti adalah campuran antara tepung dengan air serta melalui proses menguli dan bakar.
Terdapat pelbagai variasi roti. Dibezakan dengan pelbagai cara:
- Formulasi
- Bentuk
- Kaedah (method)
Gambar di bawah adalah rujukan kategori roti: Pan bread & Hearth bread.
BUN
Secara ringkasnya, bun adalah sub kategori roti. Termasuk roti lembut dan keras.
Bun bersaiz kecil (berat timbangan kurang dari 8 ounce) dan biasanya mengandungi kandungan gula yang tinggi dan lemak di dalam formulasi. Oleh itu, rasa bun sedikit manis dan lembut.
Bun sangat popular di rantau asia.
Semoga bermanfaat.
#ilmudemifaedahinsan
#foodtecheroes
RUJUKAN
1. Cereal processing toolkit (Bread), FAO of United State
2. Factsheet No.7 – How bread is made, Federation of Bread
3. Volume 2/ Number 15, Lallemand Baking Update
No Comments