Assalamualaikum semua…
Hari ni merupakan hari ke dua kita umat islam menyambut hari raya Aidil Adha. Mungkin ramai yang sedang sibuk bersiap untuk ibadah korban. Haaaa… sambil-sambil jamu daging korban tu, boleh hidangkan pemanis mulut yang mengancam ni.
Ini adalah reposting dari blog saya sebelum ini (DailyBAKE blog) dan pernah juga saya share di dalam facebook. Mendapat lebih 600 perkongsian di facebook, dan saya rasa lebih elok saya simpan di sini supaya senang untuk jadikan rujukan kelak.
Hari ni saya nak kongsikan resepi yang mudah dan menjadi trend di kalangan pembeli mahupun pemain industri Bakeri.
Resepi hari ini adalah:
PORTUGUESE EGG TART
Merupakan custard pastry tradisi negara Portugal dan juga dikenali sebagai Pastel de nata. Penggunaan puff pastry dan penghasilan inti custard adalah apa yang akan dikongsikan hari ni.
Untuk puff pastry saya sudah buat ‘stock’ awal untuk jualan di outlet-outlet bakery saya. InsyaAllah kalau ada kelapangan, saya akan buat ebook step by step cara penghasilan puff pastry. Tapi untuk kali ini, anda boleh gunakan puff pastry yang sedia ada di pasaran
BAHAN-BAHAN ( 18 BIJI )
9 keping puff pastry ( 4 x 4 )
INTI CUSTARD
500 ml susu segar (dutch lady)
100 ml whipping cream (35% fat)
100 g gula kastor
4 biji kuning telur
2 tbp tepung jagung / corn starch
3 tsp esen vanilla
CARA-CARA
INTI CUSTARD
- Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali esen vanilla
- Kacau mengunakan wire whisks pada suhu sederhana
3. Selepas semua bahan sudah sebati, kacau dengan spatula sehingga nampak likat (3-5 minit_
( TIP: KELIKATAN CUSTARD BOLEH DILIHAT PADA DINDING ATAU SPATULA. TIDAK CAIR )
4. Apabila sudah likat, padamkan api dan masukkan esen vanilla. Kacau sehingga sebati. Masukkan custard ke dalam jar.
TAPAK PASTRY
- Canaikan puff pastry dan gulung sehingga menjadi bentuk rod. Pastry sheets perlu di sambung-sambung ketika proses gulung untuk menghasilkan gelungan yang tebal. (Disebabkan kita guna pastry sheets saiz 4 x 4)
- Balut gelungan pastry dengan plastik wrap dan masukkan kedalam peti sejuk seketika (15-30 minit)
3. Apabila sudah sejuk, keluar dan potong kepada 6 bahagian.
4. Tabur sedikit tepung dan gelek puff pastry menjadi bentuk bulat
5. Masukkan kedalam acuan muffin. (saya guna saiz 25.2 x 17 x 3.6 cm)
6. Tuang adunan custard kedalam acuan
7. Bakar pada suhu 250 degree C selama 22 minit.
(suhu tinggi supaya permukaan custard nampak ada ‘brown spots’)











Woowwww..Terima Kasih Atas Ilmu Yg Diberi.. Smg Tuan Dimurahkan Rezeki dan Dipermudahkan Urusan..
sama-sama. semoga bermanfaat. selamat mencuba =)