Assalamualaikum wbt semua…
Hari ni dah masuk hari kedua kita umat islam menjalani ibadah puasa. Keadaan ramadan tahun ini sudah pasti berbeza dari tahun-tahun sebelum ini kerana kita (Malaysia) masih dalam tempoh PKP untuk memerangi COVID-19.
Masa zaman kanak-kanak, yang paling saya ingat masa bulan puasa adalah solat tarawikh dannnnnn bazar ramadan. Petang je mesti ajak ayah ibu ke sana untuk ‘membeli belah’. Tapi sejak dah berkeluarga ni, giliran saya pulak yang bawak anak-anak ke bazar.
Antara menu wajib yang menjadi pilihan kami sekeluarga sudah pasti Roti John dan Murtabak. Resepi roti john ada saya share di SINI!
Untuk posting kali ni, saya nak kongsikan resepi Murtabak Daging pulak. Kot-kot teringin nak makan murtabak, boleh buat sendiri di rumah.
MURTABAK DAGING ‘MAKCIK KIAH’
KULIT MURTABAK (10 biji)
Tepung 500g
Air 250g
Telur 2 biji
Garam 4g
Gula 5g
Susu Pekat 150g
Margerin 15g
*Doh kulit murtabak sebaiknya disediakan sehari awal.
Cara-Cara
- Masukkan kesemua bahan kedalam bekas yang besar.
- Gaulkan tepung dan bahan cecair perlahan-lahan dengan mengunakan jari. Leraikannya. Proses ini dipanggil ‘crumbling process’. (tekture seperti bread crumb)
- Apabila cecair sudah sebati dengan tepung, boleh mula menguli doh.
- Uli sehingga doh tidak melekat
- rehatkan doh selama 30 minit dan bahagi kepada 10 biji bebola kecil
- lumurkan dengan margerin dan sedia untuk digunakan.
INTI DAGING
- Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga sedikit layu
- Masukkan daging dan kacau sehingga masak.
- Masukkan rempah (kari dan bryiani), pati ayam dan gula.Gaul sekata.
- Masukkan air dan masak sehingga daging nampak kering.
INTI MURTABAK
3tbp inti daging
1 biji telur
1tbp bawang holland (potong dadu)
1tsp secukup rasa (maggi)
secubit garam
*tbp- sudu makan *tsp- sudu teh
Cara-Cara
- Pukul (whisk) kesemua bahan dengan garfu sehingga sebati
- Panaskan kuali, letakkan sedikit minyak dan tuangkan inti murtabak. Masak sehingga keperangan dan terbalikkan.
Cara Penyediaan Murtabak
-
- Tebar doh di atas meja hingga nipis.
- Letakkan inti murtabak di tengah doh dan balut dengan kemas.
- Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Masak kedua belah bahagian sehingga masak.
- Siap dan sedia untuk dimakan.
SELAMAT MENCUBA!
No Comments