Makaroni Bakar Pengikat Cinta

Assalamualaikum semua… Apa khabar? Harap semuanya dalam keadaan sihat dan sentiasa mengamalkan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak KKM.

Hari ni dah masuk hari raya ke 4 kita umat islam menyambut Hari Raya Aidilfitri. Alhamdulillah… Walaupun kita sedang bergembira tapi jangan lupa ada saudara kita yang sedang bertarung nyawa di bumi Palestin dan juga berlawan dengan ancaman virus Covid-19 di seluruh dunia.

Semoga Allah swt melindungi kita semua.Amin…

Semalam tengah hari, anak-anak dengan umi dia request nak makan makaroni bakar. Dah tak larat nak makan ketupat dengan rendang la tu.

Saya ikutkan saja sebab memang dah lama tak buatkan makaroni bakar ni dan kebetulan semua bahan-bahan pun ada di dapur.

Makaroni bakar ni memang ada sentimental value dia. Ni la produk yang mula-mula sekali yang saya jual pada tahun 2012 selepas grad. Satu hari dapat la jual dalam 30 bekas. Seronok tak sangga sebab niat buat bisnes masa tu nak kumpul duit buat nikah.

So… hari ni saya kongsikan resepi makaroni bakar ni, mana lah tau kot-kot ada yang nak buat meniaga lepas raya nanti.

Makaroni Bakar

Bahan-Bahan sos daging

300g Daging kisar

150g Sos tomato

150g Tomato puree

100g Air rebusan makaroni

1 kiub Pati daging

1 biji Bawang Holland (potong dadu)

1/4 biji capsicum hijau (potong dadu)

1tsp Lada hitam

1/2 tsp gula

1tsp butter

Makaroni

250g Makaroni – Rebus sehingga al dente

Royal Creme

300g UHT whiping cream

1 biji Telur ayam

secubit garam

Topping

chicken sausage, beef pepperoni dan mozarella cheese secukupnya

Cara-Cara

Panaskan kuali dan tumis bawang holland dan lada hitam sehingga bawang sedikit layu.

-Masukkan daging kisar, pati daging, capsicum hijau dan masak sehingga sedikit garing.

-Tuangkan campuran sos, tomato puree dan air rebusan makaroni di dalam kuali dan masak sehingga sebati dengan daging.

-Perasakan dengan gula

-Padamkan api dan masukkan butter ke dalam sos. Gaul sehingga sebati.

makaroni bakar

-Tuangkan makaroni yang sudah di rebus dan gaul sebati

-Pindahkan makaroni kedalam dulang pembakar dan seterusnya tuangkan royal creme.

-Susun dengan topping kegemaran masing-masing. Untuk hari ni saya gunakan sausage, beef pepperoni dan mozarella cheese.

-Bakar pada suhu 22o darjah selsius selama 15 minit atau sehingga cheese bertukar warna keperang-perangan.

Sedia untuk dihidang

admin
Author: admin

Baker & Trainer

2 Comments

  • Normalis Abdullah June 10, 2021 at 1:59 am

    Best!!👍

    Reply
    • admin June 12, 2021 at 5:33 pm

      Terima kasih… ada masa boleh cuba ye =)

      Reply

Leave a Comment