Salam semua…
Hari ni (6 Mei 2019) hari pertama kita berpuasa. Alhamdulillah…
Besar maknanya bulan puasa ni untuk umat Islam. Bulan yang mengajar kita erti sabar, amanah dan disiplin diri yang tinggi.
Teringat zaman kecik-kecik dulu selepas berbuka di rumah, saya akan ikut ayah ke masjid untuk solat tarawikh. Yang bestnye, selepas sembahyang akan ada jamuan moreh. Berebut dengan kawan-kawan nak ambil kuih. 😅
Lagi satu yang excited bulan puasa ni adalah Bazar Ramadhan. Petang je, saya tak kan ‘miss’ ikut ayah ke bazar.
Antara menu ‘favourite’:
1. Roti John
2. Murtabak
3. Ayam Panggang
Semalam ada saya masukkan gambar roti john di FB group Masak Apa Hari ni. Ramai yang pm request untuk resepi. Jadi, hari ni saya kongsikan resepi homemade roti john ala Ritz THE BAKER.
Saya bahagikan kepada 3 part:
Part 1 – penghasilan roti
Part 2 – inti daging
Part 3 – roti john
Part 1 – Roti ( 3 biji )
Roti yang sesuai untuk hasilkan roti john adalah roti tawar. Resepi roti ni juga sesuai untuk hasilkan roti burger dan sandwich loaf.
Bahan-Bahan
200g Tepung protin tinggi
16g Gula
3g Garam
4g Susu tepung
2g Yis
2g Bread improver
16g Shortening
110g Air
Cara-Cara
1. Masukkan semua bahan kering ke dalam mixer dan gaul selama 2 minit pada kelajuan perlahan.
2. Masukkan air dan shortening, uli selama 15 minit pada kelajuan sederhana sehingga menjadi doh.
(Masa menguli adalah subjektif. Bergantung kepada jenis mixer dan sebagainya. Untuk roti tawar, uli sehingga mencapai tahap awal elastik)
3. Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan bulatkan. Anggaran 115g untuk sebiji doh
4. Rehatkan doh selama 10 minit. Tekan doh untuk buang angin.
5. Leperkan dan gulung doh dengan kemas.
6. Pindahkan ke atas dulang dan biarkan kembang selama 1jam sehingga 1jam 30 minit.
![]() |
doh sebelum kembang |
7. bakar pada suhu 190℃ selama 13 minit atau sehingga kuning keemasan
PART 2 – INTI DAGING
Bahan-Bahan
400g Daging kisar
50g Bawang besar (potong dadu)
6g Bawang putih (cincang halus)
14g Rempah kari daging
7g Rempah bryiani
10g Pati ayam (manggi)
6g Gula
50g Air
Cara-Cara
putih sehingga sedikit layu
2. Masukkan daging dan kacau sehingga masak.
3. Masukkan rempah (kari dan bryiani), pati ayam dan gula. Gaul sekata.
4. Masukkan air dan masak sehingga daging nampak kering.
PART 3 – ROTI JOHN
1 btg Roti tawar
40g Inti daging
1 biji Telur
12g Susu segar (dutch lady)
3g Daun sup (potong kecil)
*sos cili, mayonis, daun ketumbar, tomato atau
bahan hiasan lain yang sesuai
Cara Penyediaan
1.Pecahkan telur dan masukkan inti daging, susu segar dan daun sup. Kocok sebati
2.Panaskan kuali leper dan tuang bancuhan telur tadi. Telekupkan roti ke atas telur.
3. Terbalikkan roti dan hias. Pipitkan sos cili, inti daging, mayonis dan bahan hiasan mengikut
Selamat mencuba!
No Comments