Hanya 4 Bahan untuk hasilkan roti tortilla yang lembut dan sedap

Selain roti sandwich, roti tortilla juga tidak asing buat pengemar roti.Roti tortilla termasuk dalam kategori ‘flatbread’.

Roti yang nipis dan berbentuk bulat ini menjadi pilihan bukan sahaja rakyat Malaysia, tetapi seluruh dunia.
Mission Foods, Kawan Food Berhad dan Gardenia antara syarikat besar yang mengeluarkan roti tortilla untuk memenuhi permintaan pasaran di Malaysia.
Ada orang gunakan roti tortilla untuk jadikan sandwich wrap, ada jugak yang gunakan sebagai tapak pizza.
Jom hari ni kita buat roti tortilla homemade yang mudah dan sedap.
Bahan-Bahan
300g – tepung gandum tinggi protin
5g – garam
165g – air suam
20g – minyak zaitun
Cara-Cara
  1. Gaulkan tepung, garam dan minyak sehingga rata.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga doh terhasil.
  3. Rehatkan doh selama 40 minit di dalam bowl supaya memudahkan proses mencanai nanti.
  4. Bahagikan doh kepada 8 bahagian atau timbang doh 60g setiap satu.
  5. Canai doh secara membulat dan nipis.
  6. Panaskan kuali ‘non stick’ dan masukkan sekeping tortilla yang sudah digelek tadi.
  7. Terbalikkan tortilla dan sedia untuk diangkat bila sudah nampak kesan terbakar.
Selamat mencuba
admin
Author: admin

Baker & Trainer

No Comments

Leave a Comment