Kalau di tanya roti kegemaran saya, salah satu yang terlintas di fikiran adalah Baguette.
Ya, roti keras yang makcik-makcik kata boleh buat hempuk ke dinding tu but I enjoice eating it! 🤣
Ingat lagi masa kelas intensive di Academy of Pastry Arts Malaysia, roti ni la saya dan chef-chef ‘ratah’ dari pagi sampai malam. Cicah dengan minyak zaitun memang mantul. 😊
Ok, roti pilihan diet minggu ni Baguette with 70% hydration. Di rumah saya tak ada french flour atau T65, saya guna tepung gandum mana yang ada. Boleh la buat makan di rumah sahaja.
Formulasi ni sesuai untuk 2 biji baguette tapi saya buatkan 4 biji. Saiznya sedikit kecil dari kebiasaan.
Bahan-Bahan
400g tepung gandum serbaguna
280g air sejuk
8g garam
4g yis kering
Cara-Cara
1. Masukkan semua bahan kedalam mixer dan gaul pada kelajuan sederhana sehingga doh terbentuk.
2. Pindahkan kedalam bekas dan rehat doh selama 60 minit.
3. Lakukan stretch and fold technique dan rehatkan doh semula selama 60 minit.
4. Pindahkan doh keatas working table dan bahagikan kepada 4 bahagian. Lebih kurang 165g setiap satu.
5. Preshape dan rehatkan doh selama 30 minit.
6. Bentukkan doh menjadi lonjong dan rehatkan (final proofing) lebih kurang 1-2 jam.
7. Panaskan oven pada suhu paling tinggi.
8. Scoring doh dan masukkan ke dalam oven yang sudah dipanaskan.
9. Bakar selama 15-20 minit atau sehingga doh bertukar menjadi perang.
Tip: untuk dapatkan crust yang rangup, baguette perlu dibakar dengan kaedah stim.
Selamat mencuba 😊
No Comments