Donut Gula



Donut antara makanan yang sudah tidak asing di Malaysia. Semua orang gemarkannya.

Dunkin donut…Krispy Kreme…J Co…Big Apple…

Antara jenama bisnes donut yang terkenal dengan pelbagai variasi topping / filling yang sedap dan lazat.

Apa itu DONUT?
Donuts, or doughnuts, are a fried dough confectionery often eaten for breakfast or as a dessert. – rujukan (BAKERpedia.com)

Maksudnya, donut adalah doh yang digoreng. Setiap negara ada versi donut tersendiri.

Misalnya:

Italy – Bomboloni
China – Youtiao
France – Beignet
Spain – Churro
Germany – Berliner

Dan banyakkkkk lagi.

Hari ni saya nak kongsikan cara penghasilan donut yang bukan shj sesuai utk hidangan keluarga, tapi jugak utk jualan. Donut kebiasaanya berbentuk ‘ring’, tetapi untuk kali ni, saya buatkan tanpa lubang di tengah.

DONUT (6 biji)


CARA

1. Gaulkan semua bahan kering kedalam mixer. 2 minit pada kelajuan perlahan


2. Masukkan bahan cecair (telur dan air) dan shortening. Uli selama 20 minit pada kelajuan sederhana sehingga doh menjadi elastik.

(Masa uli doh adalah berbeza mengikut jenis mixer, kuantiti doh, kualiti ramuan).
 ‘window test’

doh yang sudah mengembang


3. Rehatkan doh selama 40 minit atau doh mengembang 2 kali ganda dari saiz asal.



     


6. Tekan doh untuk buang angin dan bahagikan kepada 6 bahagian (60g setiap satu) dan dibentuk bulat.



7. Gelek doh dan pindahkan ke dalam dulang. Rehatkan selama 1 jam untuk proses pengembangan akhir.

                  

8. Panaskan minyak dan goreng donut dengan api sederhana.

9. Salut dengan gula bila donut sudah sejuk

tips : 

– Semasa proses pengembangan akhir, pastikan doh tidak terlalu mengembang, over proofing

– Suhu api perlu dikawal, tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan


Selamat mencuba

admin
Author: admin

Baker & Trainer

1 Comment

Leave a Comment