Beef Slice & Cheese Toast

Kalau anda rasa ‘segan’ nak renyah-renyah (loghat utara) di dapur, menu hari ni sangat sesuai untuk anda!

Beef Slice & Cheese Toast…

Roti yang ‘mewah’ dengan timbunan keju dikapit pula dengan roti yang rangup, pasti tak akan mengecewakan sesiapa yang menjamahnya. Bukan sahaja sesuai untuk sarapan pagi, tetapi juga untuk minum petang.

Baru-baru ni bumi Langkawi disirami hujan waktu petang, saya terus ke dapur dan buka peti sejuk. Tengok ada cheese dan beef slice dan kebetulan pula, roti benggali yang saya buat baru-baru ni pun masih ada, terus terbayang sedapnya kalau makan roti toast dengan cheese tengah-tengah hujan ni.

Ok, jom kita tengok langkah demi langkah untuk menu yang ‘simple’ ni.

Selamat Mencuba!

admin
Author: admin

Baker & Trainer

No Comments

Leave a Comment