Apa dah jadi pada Ritz THE BAKER?

Assalamualaikum semua. Apa khabar?

Dah setahun lebih saya tak aktif di blog ritz the baker kan? Bila buka akaun tadi, hampir 900 komen yang masuk kedalam inbox yang belum berbalas.

Allah… Banyak sangat perkara yang berlaku dalam tempoh setahun ni.

Tahun lepas, Jun 2022, saya mula aktif balik dengan production bakery. Tapi kali ni saya buat sedikit keputusan yang drastik. Saya serahkan semua urusan bisnes keluarga (Saleha Bakery) kepada kakak dan saya setup satu garage bakery di depan rumah sahaja.

Modal sangat terhad. Bayangkan, nak buat roti tapi oven tak ada, mixer pun hanya ada satu unit saja Apa pilihan yang saya ada masa tu?

Jual sandwich dan wrap!

Sebulan lebih saya jual sandwich dan wrap untuk kumpul modal beli convection oven. Akhirnya dapat jugak beli oven sooner. Itupun 2 kali bayar.

Bila dah ada keperluan asas di garage bakery tu, saya mula decide untuk jual pastries (croissant dan danish). Dalam banyak-banyak produk beryis yang saya buat, croissant yang paling memcabar. Banyak aspek yang perlu diberi berhatian. Suhu doh, suhu persekitaran, suhu butter, teknik laminate dan shaping. Rasanya beratus kilo tepung jugak yang masuk ke dalam tong sampah.

Tapi semua tu pengalaman yang bermakna bagi saya.

Alhamdulillah, cukup setahun beroperasi, saya dapat berpindah ke dapur yang lebih selesa dengan dibantu oleh 3 orang teammate.

Sekarang saya fokus kepada business to business strategy. Membekal pastries kepada cafe-cafe sekitar Pulau Langkawi dan buat masa ni (Disember 2023), sudah ada 18 buah cafe yang sudi mengunakan produk dan perkhidmatan kami. Dalam perancangan, dalam tempoh terdekat, akan ada 3-4 cafe lagi yang akan masuk ke dalam list Ritz THE BAKER.

Doakan ye.

admin
Author: admin

Baker & Trainer

No Comments

Leave a Comment