bread pudding

Ada Roti Sandwich Lebih? Cuba Resipi Puding Roti Teragung ni!

Salam semua… Alhamdulillah, saya dah mula aktif di blog. Tambah semangat lagi bila dapat sokongan daripada anda semua. Boleh kata setiap hari akan ada lebih kurang 50 pembaca di blog ni dan pernah cecah sehingga 250 pembaca sehari dan kebanyakkannya datang daripada carian google.
Terima kasih lagi sekali.
Hari bapa baru ni saya buatkan bread pudding di rumah. Kebetulan roti benggali ada lagi dan saya teringin nak makan yang manis-manis sebelum start diet nanti!
Perasan tak, banyak yang kita boleh kaitan makanan dengan kehidupan.
Dalam makanan ada manis, masam, pedas, pahit dan lain-lain lagi. Sama jugak dengan kehidupan.
Happy, sedih, marah yang selalu hiasi kehidupan seharian kita.
Alhamdulillah, tahun ni tahun ke 6 saya jadi ayah (abi). Mereka mengajar saya erti kehidupan berkeluarga.
Anak-anak ni mudah memaafkan tanpa simpan rasa dendam. Kekadang ada jugak saya tinggikan suara… marah… sebabkan kenakalan mereka.
Mereka boleh datang dan mintak maaf dengan kita seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Ini yang kita boleh belajar dari hati anak-anak. InsyaAllah hidup kita akan sentiasa tenang.
Ok, berbalik kepada topik kita hari ni. Saya gunakan roti benggali dan mula-mula sekali saya buang kulit roti dan potong kiub. Selepas tu saya toastkan dalam oven supaya jadi roti kering.
pudding roti
Apa? kenapa nak kena keringkan roti dulu?
Saja nak naikkan bil elektrik rumah. haha. Takde la, bila roti tu kering, lebih banyak dapat serap adunan puding nanti. Baru sedap!
puding roti
Jom kita start!
Bahan-Bahan Pudding Mixture:
200g     Whipping cream
200g     Susu segar
80g       Gula
4 biji     Telur
1/2 tsp Essen vanilla
pudding mixture
Cara-Cara
1.Campurkan whipping cream, susu dan panaskan di dalam periuk (1)
2.Dalam bekas asing, masukkan telur, essen vanilla dan gula. Pukul sekata (2)
3.Masukkan adunan (1) ke dalam adunan (2) dan kacau sekata
4.Tapiskan adunan
pudding mixture
pudding mixture
Bahan-Bahan Vanilla Cream Anglaise (sos)
250g      Susu
40g        Gula
2 biji      Kuning telur
1/4 tsp  Essen vanilla
vanilla cream anglaise
Cara-Cara
1.Masak susu dan separuh gula di dalam periuk sehingga didih (1)
2.Dalam bekas lain, masukkan lebihan gula dan telur. Pukul sekata (2)
3.Masukkan adunan (1) ke dalam adunan (2)
4.Pindahkan ke dalam periuk dan masak sehingga sos sedikit pekat. (api kecik)
vanilla cream anglaise
BREAD PUDDING
1.Susun roti kering ke dalam bekas / acu
2.Tuangkan adunan pudding sehingga semua roti kering meresap sepenuhnya
3.Tabur sedikit buah kering pilihan. Saya gunakan kismis hitam
4.Bakar didalam oven pada suhu 150 darjah selsius selama lebih kurang 25 minit secara kaedah water bath. Bergantung pada oven masing-masing)
pudding roti
pudding roti
Siap! Nanti bila-bila free, boleh cuba ye. InsyaAllah kita jumpa di next posting. Stay safe semua =)
admin
Author: admin

Baker & Trainer

No Comments

Leave a Comment