Portuguese Egg Tart ala Ritz THE BAKER

Assalamualaikum semua…

Hari ni merupakan hari ke dua kita umat islam menyambut hari raya Aidil Adha. Mungkin ramai yang sedang sibuk bersiap untuk ibadah korban. Haaaa… sambil-sambil jamu daging korban tu, boleh hidangkan pemanis mulut yang mengancam ni.

Ini adalah reposting dari blog saya sebelum ini (DailyBAKE blog) dan pernah juga saya share di dalam facebook. Mendapat lebih 600 perkongsian di facebook, dan saya rasa lebih elok saya simpan di sini supaya senang untuk jadikan rujukan kelak.

Hari ni saya nak kongsikan resepi yang mudah dan menjadi trend di kalangan pembeli mahupun pemain industri Bakeri.

Resepi hari ini adalah:

PORTUGUESE EGG TART

Merupakan custard pastry tradisi negara Portugal dan juga dikenali sebagai Pastel de nata. Penggunaan puff pastry dan penghasilan inti custard adalah apa yang akan dikongsikan hari ni.
Untuk puff pastry  saya sudah buat ‘stock’ awal untuk jualan di outlet-outlet bakery saya. InsyaAllah kalau ada kelapangan, saya akan buat ebook step by step cara penghasilan puff pastry. Tapi untuk kali ini, anda boleh gunakan puff pastry yang sedia ada di pasaran

BAHAN-BAHAN ( 18 BIJI )

9 keping puff pastry ( 4 x 4 )

INTI CUSTARD

500 ml  susu segar (dutch lady)
100 ml  whipping cream (35% fat)
100 g    gula kastor
4 biji    kuning telur
2 tbp    tepung jagung / corn starch
3 tsp    esen vanilla

CARA-CARA

INTI CUSTARD

  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali esen vanilla
  2. Kacau mengunakan wire whisks pada suhu sederhana
3. Selepas semua bahan sudah sebati, kacau dengan spatula sehingga nampak likat (3-5 minit_

( TIP: KELIKATAN CUSTARD BOLEH DILIHAT PADA DINDING ATAU SPATULA. TIDAK CAIR )

4. Apabila sudah likat, padamkan api dan masukkan esen vanilla. Kacau sehingga sebati. Masukkan custard ke dalam jar.

TAPAK PASTRY

  1. Canaikan puff pastry dan gulung sehingga menjadi bentuk rod. Pastry sheets perlu di sambung-sambung ketika proses gulung untuk menghasilkan gelungan yang tebal. (Disebabkan kita guna pastry sheets saiz 4 x 4)
  2. Balut gelungan pastry dengan plastik wrap dan masukkan kedalam peti sejuk seketika (15-30 minit)
3. Apabila sudah sejuk, keluar dan potong kepada 6 bahagian.
4. Tabur sedikit tepung dan gelek puff pastry menjadi bentuk bulat
5. Masukkan kedalam acuan muffin. (saya guna saiz 25.2 x 17 x 3.6 cm)
                      6. Tuang adunan custard kedalam acuan
                      7. Bakar pada suhu 250 degree C selama 22 minit.
                          (suhu tinggi supaya permukaan custard nampak ada ‘brown spots’)

SELAMAT MENCUBA!

admin
Author: admin

Baker & Trainer

2 Comments

  • Betty August 17, 2019 at 4:16 pm

    Woowwww..Terima Kasih Atas Ilmu Yg Diberi.. Smg Tuan Dimurahkan Rezeki dan Dipermudahkan Urusan..

    Reply
  • ritzsyde August 21, 2019 at 2:24 pm

    sama-sama. semoga bermanfaat. selamat mencuba =)

    Reply

Leave a Comment