BAKER’S PERCENTAGE
Ahmad seorang executive pemasaran di ibu kota Kuala Lumpur. Dalam diam, beliau meminati dunia baking terutamanya dalam penghasilan roti.
Banyak resepi yang telah dicuba melalui pencarian di google mahupun di majalah masakan.
Sekarang Ahmad lebih yakin untuk membuat roti dengan hasil pembacaannya. Tambahan pula baru ni, Ahmad join kelas roti Taiwanese di studio chef Asma Nordin yang di ajar oleh trainer ritzuwan.
Dalam kelas, banyak ilmu baru yang Ahmad dapat. Fungsi setiap bahan, teknik menguli, membentuk doh dan kaedah baker’s percentage.
Hujung minggu baru ni, Ahmad teruja nak buat roti baguette. Niat di hati nak hantar sedikit ke rumah bakal mentua.😅
Resepi adalah seperti berikut ( tertera pada gambar ).
Apabila ditimbang, stok tepung hanya tinggal 200g sahaja. Ahmad dah mula susah hati, berapa berat bahan-bahan lain?
-yis?
-air?
-garam?
Baru Ahmad tau kepentingan ilmu baker’s percentage yang diajar dalam kelas baru ni.
Dalam kaedah baker’s percentage:
-Berat tepung adalah 100%.
-Setiap bahan dinyatakan nisbahnya dalam peratus berdasarkan berat tepung,100%
Boleh tak rakan-rakan saya bantu Ahmad menyelesaikan masalah ini?
Taip jawapan anda pada ruang komen di bawah. Jawapan yang betul akan diberikan hadiah PERCUMA.
P/s : boleh kongsikan supaya bermanfaat.

No Comments