Paul Hollywood City Bakes
The Fabulous Baker Brother
Antara baking show yang buatkan kita rasa bersemangat dan tak sabar untuk memasuki dunia roti yang indah dan mengasyikkan. (Gitewww)
Jom masuk dapur dan meroti!
Yang baru nak berjinak dengan dunia roti, mesti terpikir alat apa yang diperlukan di dapur kan?
Jangan risau, saya senaraikan 3 alat (asas) untuk buat roti di rumah.
1. Alat Pengadun ( Stand Mixer)
Sumber: https://www.kitchenaid.se/bundles/whirlpoolkitchenaidmain//images/com-support/blk-support-home/support-home-main–small.jpg
![]() |
| sumber: walmart.com |
Ada pelbagai jenis alat pengadun di pasaran. Antara yang popular di kalangan home baker adalah stand mixer. Kebiasaanya, alat pengadun disertakan dengan set kelengkapan yang berlainan bentuk. Whisk, paddle dan dough hook.
Cangkuk doh ( dough hook ) adalah yang paling sesuai digunakan untuk menghasilkan roti.
Kalau tanya saya secara personally, saya akan cadangkan Stand Mixer brand SPAR SP800 dari Taiwan. Harga agak mahal tapi sangat berbaloi. Idaman para baker. Seriously!
Contoh Spar Mixer di SINI
2. Ketuhar (Oven)
![]() |
| sumber : https://www.amazon.co.uk/Mini-Ovens-multi-function-electric-automatic/dp/B07GGDYH2N |
Ada 2 jenis oven yang biasa digunakan di rumah. Conventional oven dan convection oven.
Bentuk lebih kurang sama tapi ada bezanya. Conventional oven mempunyai 2 heating element, atas dan bawah untuk memanaskan udara di dalam oven.
Sebaiknya cari oven yang mempunyai pilihan mengawal suhu atas dan bawah berasingan. Kebanyakkan resepi yang ditulis mengunakan oven jenis conventional. Sesuai untuk produk roti manis.
Manakala convection oven mengunakan sistem ekzos dan kipas. Pembakaran sekata dan sangat sesuai untuk produk pastries seperti croissant dan puff pastry.
Ramai yang kata brand SSODD ni bagus
3. Penimbang Digital
![]() |
| sumber : easycomposites.co.uk |
Menimbang bahan dengan betul akan membantu menghasilkan roti yang baik. Filosofi baking berbeza dengan cooking. Bahan perlu ditimbang dengan betul dan tepat!
Untuk alat penimbang, biasanya saya akan beli melalui Shopee saja. Harga lebih murah dan berbaloi.
Semoga bermanfaat.




No Comments