Homemade Fish Burger Sempoi

Assalamualaikum wbt dan apa khabar semua?

Sedar tak sedar, dah masuk Syawal ke 20 dah hari ni. Teringat suasana raya dulu-dulu. Pergi open house, kumpul dengan family sambil tonton cerita raya (tv), excited pakai baju raya baru dan bergambar.

Kenangan…

Tahun kedua kita sambut raya dengan norma baru dan hari ini 1hb Jun 2021 merupakan hari pertama Total Lockdown dilaksanakan di seluruh Malaysia.

Bila kerajaan umumkan Total Lockdown, saya dah terbayangkan PKP 1.O tahun lepas. Hanya saya dan kakak dibenarkan ke bakery (hadkan staff) dan setiap hari turun naik balai polis untuk mohon surat kebenaran COD.

Masa keluar COD, mulut tak henti-henti istigfar semoga dihindari dari sebarang musibah dan sebaik saja balik rumah, cepat-cepat saya bersihkan diri sebelum main dengan anak-anak.

Tapi kali ni sedikit lega apabila sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) diberikan kebenaran untuk beroperasi dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua untuk memerangi wabak Covid-19 ni. InsyaAllah

Amin…..

Baik untuk posting kali ni, saya nak share resepi HOMEMADE FISH BURGER SEMPOI…

Kenapa sempoi? sebab saya guna barang apa yang ada di dapur saja. Ok, Jom kita start.

Bahan-Bahan yang diperlukan (Bun Burger)

Tepung Protein tinggi – 200g

Gula kastor – 24g

Garam – 4g

Yis – 4g

Telur – 20g

Air – 100g

Shortening – 24g

Cara-cara

1. Masukkan bahan kering dan gaul selama 2 minit (mixer)
2. Masukkan air dan shortening dan uli sehingga doh elastik
3. Bahagikan doh kepada 6 bahagian dan bulatkan. Anggaran 60g sebiji
4. Pindahkan doh di atas dulang pembakar
5. Biarkan doh kembang sehingga double size. Lebih kurang 1 jam tempoh proofing
6. Sapu egg wash dengan rata *optional: taburkan sedikit blue poppy seed
7. Bakar pada suhu 190 darjah celcius selama 13 minit atau sehingga kuning keemasan

Fish fillet

Fillet ikan dory – 1 keping

Tepung bestari original –  2 tbp

Tepung beras – 1 tbp

Tepung jagung – 1 tbp

*lada sulah secukup rasa

1 biji telur (kacau rata)

Cara-cara

1. Bersihkan isi ikan dan potong kepada 3 bahagian
2. Ratakan lada sulah di kedua-dua sisi ikan
3. Campurkan semua jenis tepung sehingga sebati didalam bekas yang bersih
4. Salutkan isi ikan pada campuran (1).tepung, (2).telur dan (3).tepung
5. Pastikan minyak betul-betul panas dan goreng ikan sehingga masak

Sos Tartar

Mayonis – 3 tbp

Gherkin –  1 tbp (chopped)

Jus lemon – 1 tbp

Cara-cara

1. Campurkan kesemua bahan sehingga sebati
*Nak sedap lagi, boleh letak telur rebus (putih) dan daun parsley (fresh), bawang holland (chopped) dan gaul sebati. Yang saya buat kali ni kira versi koboi.
Penyediaan Burger
Belah bun burger kepada dua dan toast hingga sedikit garing. Susun cheese keping, salad, fillet ikan dan sos tartar. Siap!
Senang kan? Nanti cuba tau.
Oh ya, tumpang saya ingat, hujung bulan ni 27hb Jun 2021 ada kelas Food Photography secara online anjuran Saiful Nang Academy. Belajar macam mana nak ambil gambar makanan yang buat orang rasa geram nak makan!
Kelas wajib untuk pengusaha makanan, homebaker dan online seller untuk melariskan produk jualan. Kebetulan sekarang ni tengah ada promosi pakej usahawan makanan.
Menarik kan? Masa PKP ni la kita rebut peluang tingkatkan skill dan pengetahuan untuk upgrade marketing bisnes makanan kita. InsyaAllah…
Untuk mendaftar, boleh tekan link di SINI.
Ok… Kita jumpa di next posting ye. Salam =)
admin
Author: admin

Baker & Trainer

No Comments

Leave a Comment