12 Idea Bisnes Bakery 2021 Yang Trending

Salam tahun baru semua… Semoga tahun ni memberi kita kebahagiaan, kemakmuran dan kesihatan yang baik bagi. InsyaAllah…

Bisnes Bakeri sudah tidak asing bagi rakyat Malaysia dan sudah ramai yang berjinak-jinak untuk memulakannya.

Dalam artikel kali ni, saya akan kongsikan beberapa cabang idea bisnes bakeri yang mungkin boleh anda ceburi. InsyaAllah…

1.Kedai Bakeri

Sekiranya Anda mempunyai modal wang yang mencukupi, kedai fizikal adalah konsep bisnes tradisional yang biasa dilakukan. Pelbagai produk bakeri yang boleh dijual. Contohnya Kek, Roti, Pastries, Biskut dan pelbagai lagi. Ada banyak faktor yang perlu diambil perhatian antaranya: produk, lokasi, target market, branding, kualiti, kebersihan dan lain-lain lagi.

Walaupun perniagaan dijalan secara offline, pemasaran secara online perlu juga diberikan perhatian. Contohnya, daftarkan bisnes kita dalam pencarian google. Sekarang kebanyakkan kita akan mengunakan carian google untuk dapatkan maklumat. Bahagian ‘review’ dapat menarik pelanggan untuk membeli perkhidmatan dan produk kita.

sumber: berlin-airport.de

2.’Specialty’ Bakeri

Ada pelbagai ‘specialty’ bakery yang ada di pasaran sekarang ini. Contohnya Artisan Bakeri (mengunakan resipi dan kaedah tradisional asal).

Konsep Boulengerie yang di bawa dari negara Perancis sudah menjadi trend di Malaysia terutama di kawasan pusat bandar. Crosserie, Tommy Le Baker antara nama-nama yang mencetuskan fenomena roti artisan di Malaysia.

Bahan utama untuk hasilkan roti artisan ialah tepung, air, garam dan yis. Kalau roti yang kalian buat tu ada masukkan aditif makanan seperti bread improver ke, bread softener ke, jangan memandai panggil roti artisan tau. Kang kena marah pulak dengan orang Perancis!

sumber: timeout.com

3. Pembekal Bahan-Bahan Bakeri (Online)

Seorang rakan saya yang menjalankan bisnes bahan-bahan bakeri secara online (shopee) ada inform yang sale mereka semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2020 sangat-sangat memberangsangkan.

Ye la kan, banyak masa dihabiskan dirumah dan aktiviti memasak/baking menjadi pilihan utama. Tambahan pula rakyat Malaysia sudah selesa untuk membuat pembelian secara online. Rebut peluang keemasan ini dengan mengunakan platform ecommerce yang menjadi pilihan rakyat Malaysia seperti Shopee ataupun Lazada.

4. Bisnes ‘Home Bakery’

Risiko yang rendah dan ‘profit margin’ yang tinggi menyebabkan bisnes dari rumah sudah menjadi trend pada masa sekarang. Walaupun begitu, aspek perundangan perlu dipatuhi seperti menghadiri Kursus Latihan Pengendalian Makanan (KKM) dan mengambil suntikan anti typhoid.

Gunakan platform sosial media sebaik mungkin untuk mempromosikan perniagaan anda seperti facebook, instagram dan yang terkini, tiktok.

Tingkatkan kemahiran untuk mengambil gambar yang cantik, video yang menarik dan copywriting yang menawan untuk tarik perhatian pelanggan kerana inilah ‘seni’ untuk lariskan jualan di sosial media.

5. Bakeri Bergerak (food truck)

Kalau dulu pelanggan cari kita tetapi sekarang kita pula yang cari pelanggan. Itulah kelebihan berniaga secara mobile. Dimana orang ramai, disitulah kita menumpang kasih.

sumber: japanallover.com

6. Perkhidmatan ‘Gift Basket’

Ataupun dikenali sebagai ‘hamper’. Tak ramai yang buat, so bila tak banyak persaing sudah semestinya menjadi satu kelebihan.

sumber: nomu brands

7. Bisnes ‘Baking Kits for kids’

Satu idea bisnes yang sangat menarik. Sediakan semua bahan-bahan baking dalam satu bungkusan yang cantik dan lakukan jualan secara atas talian. Saya tertarik dengan konsep yang diperkenalkan oleh Baketivity. Mungkin kalian adalah pioneer di Malaysia pula? InsyaAllah…

sumber: lastheplace.com

8. Cikgu ‘Baking’

Ada orang mempunyai kelebihan untuk mengajar. Setiap kata-katanya mudah difahami dan dia sangat berpengalaman dalam topik yang nak diajar. So, mungkin idea bisnes mengajar adalah pilihan yang terbaik.

9. Menulis Buku atau Blogging

Sekiranya anda suka menulis, berkongsi resipi dan tips baking…Boleh terbitkan buku resepi pertama pada tahun 2021 ni. Chaiyok!

10. Baking Youtuber

Tak dinafikan, video sangat menarik perhatian audiens. Ada youtuber yang boleh jana pendapatan sehingga 6 angka sebulan melalui produk atau food review, sponsorship dan youtube ads. Daftar youtube channel anda sekarang!

sumber: youtube ritz the baker channel

11. Jualan Produk Digital

Produk-produk digital mempunyai permintaan yang sangat tinggi pada masa sekarang. Ebook, audio, online course dan program membership memberikan hasil yang sangat-sangat lumayan.

12. Baking Apps

Grab… Foodpanda adalah contoh bisnes aplikasi yang sangat berjaya pada zaman sekarang. Sekiranya anda seorang baker yang celik it, rebut peluang keemasan ni. Satu idea bisnes yang hebat dapat mengoncangkan dunia ekonomi pada masa akan datang.

p/s: sekiranya anda sukakan artikel ni, jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan yang lain ye. Jumpa lagi.
admin
Author: admin

Baker & Trainer

No Comments

Leave a Comment