Pada 22hb Julai 2019, Saya di jemput untuk memberi ceramah berkaitan teknologi makanan dan kerjaya di hadapan 123 orang pelajar kursus pengeluaran makanan IKBN Naka,Kedah.
Alhamdulillah… seronok berjumpa dengan adik-adik yang bakal mewarisi industri makanan kita satu hari nanti.
Antara soalan yang pertama saya tanya ialah.
Ramai yang sebut sbb MINAT!!!!!!
Ada jugak yang nakal sebut kena PAKSA dengan family!!!
Baik… untuk berjaya dalam apa-apa bidang sekali pun, kita perlu ada MINAT.
Bagaimana nak bagi ada minat?
Yang pertama kita ada pengetahuan dalam bidang tersebut dan yang ke dua, kita ada matlamat yang nak capai dalam hidup.
Oleh itu, pendedahan awal dalam bidang yang kita nak ceburi ni sangat penting.
Dan juga ada matlamat. Misalnya, target kita lagi 10 tahun nak jadi apa. Bila kita ada keghairahan nak capai matlamat tersebut. InsyaAllah minat akan mendorong kita mencapainya.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.
Industri perlukan pekerja berkemahiran seperti mereka untuk memajukan negara pada masa akan datang.
Selain bekerja makan gaji, bidang keusahawan juga mempunyai peluang yang sangat cerah dalam industri makanan.
Cuba sebaik mungkin, selainnya berserah pada yang Esa.
#foodtecheroes
#ilmudemifaedahinsan
#ritzthebaker
No Comments