Pesan ustaz, Nak hidup tenang jangan pedulikan kata-kata orang.
Contohnya ada orang datang kepada kita dah bagitau kenapa kita berniaga?
Kan baik kerja makan gaji. Setiap bulan sudah terjamin pendapatannya. Berniaga ni tak tau berapa yang boleh dapat.
Kita pun terpengaruh dengan kata-kata tersebut. Betul jugak kata dia, kerja makan gaji tak perlu fikir sangat pasal pendapatan bulanan. Setiap bulan masuk.
Solusi yang diberikan oleh ustaz sekiranya kita berhadapan dengan situasi tersebut.
Jawab yang saya suka dengan pekerjaan/perniagaan ini. Yang penting Allah swt redhai dengan apa yang saya kerjakan. Bismillah dan jangan khuatir.
Cuba kita renungkan balik, adakah pekerjaan yang kita lakukan hari ini menjadikan kita lebih bahagia? Kita seronok lakukannya? Dapat peroleh pahala? Dapat jana pendapatan yang halal? Tidak mengambil masa dengan keluarga? Manfaatnya dapat dirasakan oleh seramai mungkin orang?
Sekiranya YA… itulah sebaik-baik pekerjaan yang perlu kita pilih… wallahualam…
No Comments