Pizza Itali Asli di The Pizza Maker, Langkawi.

Pizza sangat sinonim dengan negara Itali malah sangat terkenal di seluruh dunia. Malaysia juga tidak terkecuali. Tapikan, kebanyakkan restoran pizza di Malaysia jarang sediakan pizza style Itali.

Semalam selepas solat asar saya pesan dekat wife untuk bersiap dan tempat yang nak dituju adalah The Pizza Maker, Langkawi.

Kali terakhir saya jamah pizza dari Chef Mohamed seorang pizzaiola (pembuat pizza dari Italy) pada tahun 2017. Masa tu lokasi di Pantai Tengah dan sekarang sudah berpindah di tempat baru.

Chef sangat peramah dan tak lokek dengan ilmu. Banyak sangat tip pizza yang dikongsikan. Ada 3 sebab saya suka dengan pizza dari The Pizza Maker, Langkawi.

mushroom & chicken pizza RM38

Crust… sos… dan Cheese… Tapak pizza yang tak terlalu tebal. Tepung yang digunakan adalah type 00 flour. Chef siap offer nak kasi 1kg kalau saya nak. Allah… terharunya.

Sos yang tak terlalu masam. Chef hanya gunakan buah tomato yang segar dan ranum dalam penghasilan sos pizza.

Margherita Pizza, RM25

Satu lagi keistimewaan The Pizza Maker adalah cheese yang digunakan, buffalo mozzarella cheese. Salah satu local produk kebanggaan orang Langkawi. Bukan semua tempat tau hasillkan cheese mozzarella dari susu kerbau!

Pizza in making

Boleh dikatakan semua bahan yang digunakan adalah premium item.

Untuk rakan-rakan yang akan bercuti ke Langkawi, boleh lah singgah ke sini nanti ye.

Alamat: Gerai Hub Langkawi Tourism Academy, No 4648 C, Jln Lapangan Terbang, Kg Paya, Padang Matsirat, 07000 Langkawi

Waktu operasi: 5ptg – 10 mlm

Website: https://www.thepizzamakerlangkawi.com/

#ritzthebaker #foodreview #thepizzamaker

admin
Author: admin

Baker & Trainer

No Comments

Leave a Comment